Friday 29 April 2011

ANNUAL DINNER VISKO


                      Kenangan bersama kwn time annual dinner visko
                            Gelagat masing2...hehehehehhehehheheheheh
                      K.ros,K.su...n makcik hasnah..
                                  K.su N Makcik Hasnah...
                              Zul n Ieda.......
                                 comel emma mlm tu.....
                                 with my boss..Mr Ling & Wife....
                                   Me....kualiti gmbr..kurang memuaskan..

                                Hadiah yg menjadi rebutan..
                                                              hanya ini rezekiku thn ni...
                                                    with Jaynie (HQ)..So cute..

Monday 25 April 2011

Petua Lembutkan hati anak2



Petua Pelembut Hati
Baca ayat 200 surah Al-Imran dan ditiupkan pada muka anak-anak atau dalam air untuk di beri minum pada anak-anak, supaya mereka lembut hatinya dan mahu mengikut cakap ibu/bapa. Bacaan ini hendaklah di baca sendiri oleh ibu/bapa. Amalkan setiap hari. Elok juga di baca 3 kali atau lebih, dan di tiupkan pada ubun-ubun mereka sebelum mereka tidur setiap hari

icad kena gigit lebah....

huhuhu..sedih icad kena gigit lebah...kenapa ko gigit anak aku..merah2 muka icad menahan sakit
hrp icad x pape...walaupun ibu g keja tp hati ibu x senang..teringatkan icad...anak ibu kuatkan...
ya allah..ko jauhkan lah dr perkara yg buruk2...hrp  icad x demam..esok ibu bw g klinik...lain kali ibu x kasi icad main kt luar...bahaya kan icad..cian icad...anak lelaki kena kuat tau...

maafkan ibu yer icad,...

cian icad..pg2 dh kena babab bontot dia...geram ibu...dh mandikan..siap pakai bj sumer..tgh ibu  setrika tudung..icad melepas lak..nk kena bsuh lak...mandikan dia semula...icad ni mmg ssh pakaikan pampers..mesti nk kena kejar dia..geram sgt..bdk bertuah ni...lau my laling ader mesti dia mrh lau babab icad..dh pujuk2 c nk pakai pampers gak...kena lah tangkap dia pastu kasi babab bontot dia...huhuhu..cian icad...skit bontot..jgn wat lg yer anak bertuah...ibu ni asyik mrh icad jer..icad x penat ke kena mrh...ibu rasa penat sgt mrh icad..hrp2 anak bertuah akan dengar ckp ibu pasni tau..dgn ayah x per..ayah baik...ngan ibu jgn main2....hehehehheheh

sdara mara

sdara mara

HARI BAHAGIA

HARI BAHAGIA

kid kawen

kid kawen

Album 07-27-2008 (8:20:52)

Album 07-27-2008 (8:20:52)

My Public Photos

My Public Photos

majlis perkahwinan

majlis perkahwinan

gambar kwn2

gambar kwn2

Friday 22 April 2011

WANITA - HUDA

Wanita 

Wanita tiang negara
Tunggak agama dan bangsa
Jasanya tiada terkira
Ibu dan isteri solehah

Taat setia pada suami
Kunci keluarga bahagia
Tabah sabarnya mengasuh mendidik
Anak berakhlak mulia

Wanita berjasa
Wanita solehah

Wanita tiang negara
Taatkan perintah Allah
Lemah lembutmu indah
Bicaramu penuh hikmah
Akhlak mu harta berharga
Kasih sayangmu penyeri
Hadirmu merubah suasana
Hidup ceria dan harmoni

Wanita... wanita...
Wanita solehah
Wanita... wanita...
Wanita berjasa

Wanita tiang negara
Tunggak agama dan bangsa
Jasanya tiada terkira
Ibu dan isteri solehah

Akhlakmu harta berharga
Kasih sayangmu penyeri
Hadirmu merubah suasana
Hidup ceria dan harmoni

( 1 )
Wanita... solehah
Wanita solehah
Wanita... berjasa
Wanita berjasa

( ulang 1 )( 3X )

Thursday 21 April 2011

Kisah Rasulullah Berdoa

Kisah Rasulullah Berdoa
Anas bin Malik meriwayatkan bahawa pernah berlaku musim kemarau pada zaman Rasulullah. Ketika baginda sedang berkhutbah di atas mimbar pada hari Jumaat, seorang Arab Badwi bangkit, lalu bertanya: "Wahai Rasulullah, segala harta benda telah musnah. Seluruh ahli keluarga juga kelaparan. Berdoalah kepada Allah untuk kami agar Allah turunkan hujan."
Baginda lalu mengangkat kedua belah tangan. Pada waktu itu tidak ternampak tompokan-tompokan awan. Tiba-tiba awan seumpana buih berarak. Baginda masih tidak turun dari mimbar hinggalah kami melihat hujan mula menitis membasahi janggutnya. Seharian itu kami ditimpa hujan. Begitu juga keesokannya dan hari selepasnya sehingga tiba hari Jumaat seterusnya. Pada hari itu, Arab Badwi tempoh hari bangun lagi berkata: "Semua bangunan telah runtuh, harta benda juga telah ditenggelami air. Oleh itu, berdoalah kepada Allah untuk kami, wahai Rasulullah."
Baginda lalu menadah tangan ke langit, lalu berdoa, maksudnya, "Ya Allah, berilah manfaat kepada kami, dan janganlah jadikannya musibah kepada kami." (Hadis Riwayat Al-Bukhari)

Surah Al-fatihah

Wednesday 20 April 2011

At-Talaq:2-3

Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya.

Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yg dikehendakiNya). 


Kisah di sebalik ayat seribu dinar 

Assalamu'alaikum wbt semua, 

Hari ni saya nak kongsi cerita mengenai ayat seribu dinar. Ramai di antara kita yang dok beramal dengan ayat seribu dinar, setengahnya, beli hiasan dinding dengan ayat seribu dinar. Tapi tahu tak kita, bagaimana ayat dari surah at-Talaq (2-3) ini mendapat gelaran ayat seribu dinar? 

Al-kisah cerita bermula dengan sebuah kapal yang berlayar di tengah samudera, tiba2 satu hari ditahan oleh seorang pemuda. Penghuni di atas kapal semuanya hairan, dari mana munculnya pemuda tersebut sedangkan mereka berada di tengah2 lautan. 

Selepas pemuda tersebut naik ke atas kapal tersebut, dia pun bertanya, "Ada tak sesiapa yang ingin tahu cara untuk mendapatkan harta yang tidak disangka2?" 
Maka berebut2lah orang di atas kapal itu hendak belajar dari pemuda tersebut. Pemuda itu pun menyambung semula, "Bagi sesiapa yang mahu tahu caranya, hendaklah menyediakan bayaran sebanyak seribu dinar." (seribu dinar ni kira mahallah, duit emas). Maka ramailah yang tarik diri.. kecuali seorang pemuda. Beliau sanggup membayar kepada pemuda yang baru naik ke atas kapal itu dengan bayaran seribu dinar bagi mengetahui cara2 untuk mendapatkan harta yang tak di sangka2. Maka pemuda yang membayar seribu dinar ni pun diajar supaya mengamalkan surah at-talaq, dari penghujung ayat kedua sehingga habis ayat ke tiga. Selepas mengajar ayat tersebut, pemuda yang mengajar tu pun hilang dari penglihatan. Semua orang berasa hairan. Pemuda yang diajar ayat tadi pun beamallah dengan ayat tersebut sepanjang perjalanan mereka di tengah lautan. 

Pada suatu ketika di dalam perlayaran tersebut, berlaku ribut-taufan yang amat dahsyat, sehingga menyebabkan kapal tersebut tenggelam. Maka matilah semua penumpang kapal tersebut kecuali pemuda yang beramal dengan ayat tersebut. Beliau terdampar di sebuah pulau. 

Sedang beliau berjalan2 mencari tempat berteduh, pemuda tadi berjumpa sebuah gua. Di dalam gua tersebut beliau bertemu dengan seorang gadis yang sangat cantik. Di samping gadis tersebut terdapat harta yang sangat banyak. Pemuda tadi pun bertanya kepada gadis tersebut, siapakah dia dan milik siapa harta yang 
banyak itu. Maka gadis tersebut menceritakan bahawa beliau telah dicolek oleh jin yang ingin menjadikan gadis itu isterinya. Gadis tersebut ditawarkan harta yang banyak, bagi memujuk beliau bersetuju dengan perkahwinan tersebut. 

Pemuda tersebut berkata kepada gadis tersebut, bahawa dia akan menyelamatkan gadis tersebut dari jin yang jahat itu. Gadis itu pun memberitahu pemuda tersebut yang jin itu akan datang bertanya dua kali sehari, sekali di waktu pagi dan sekali di waktu petang. 

Pada petang hari tersebut jin pun datang bertanya kepada gadis tersebut sama ada dia bersetuju untuk menjadi isteri jin tersebut atau tidak. Sebelum sempat dijawab oleh gadis tersebut, pemuda tadi pun keluar dari tempat persembunyian sambil menyuruh jin supaya melepaskan gadis itu. Jin tersebut sangat marah 
tetapi pemuda itu tidak berasa takut. Malah dia berkata kepada jin tersebut yang dia ingin berlawan dengannya. Pemuda tersebut mencadangkan kepada jin sekiranya dia kalah, gadis itu akan berkahwin dengan jin tersebut dan sekiranya dia menang, dia akan dapat harta yang banyak tadi beserta dengan gadis tersebut. 
Mendengarkan ini, jin tersebut sangat suka kerana dia pasti dapat mengalahkan pemuda tersebut, maka dia pun bersetuju. 

Maka berlawanlah jin dan pemuda tersebut, dengan berkat amalan ayat di atas, maka jin itu pun dapat dikalahkan. Maka jin itu pun terpaksa menyerahkan harta yang banyak dan gadis itu kepada pemuda tadi. 

Selang beberapa hari, ada sebuah kapal berlabuh singgah di pulau tersebut. Maka pemuda dan gadis itu pun menumpang pulang ke negeri asalnya beserta harta jin tadi. Maka berkahwinlah mereka dan hidup aman damai hingga ke akhir hayat. 

Kalau kawan2 semua nak tahu, pemuda yang keluar dari air yang menahan kapal tersebut adalah malaikat yang menjelma dalam bentuk manusia. Pemuda yang mengamalkan ayat seribu dinar ini, mendapat harta yang tak disangka2, iaitu, terselamat dari kapal tenggelam, dapat mengalahkan jin tadi, mendapat harta dan gadis tadi. Sebab itulah ramai ustaz-ustazah kata, elok diamalkan ayat seribu dinar ini sekiranya mahu rezeki yang tidak disangka2. 

;D ada pendapat yg mengatakan selepas solat fardhu elok diamalkan ayat tersebut.  ;D 

Wallahua'lam. 

Tuesday 19 April 2011

Alhamdulillah.....

Bersyukur dgn apa yg ader sekarang dan meminta serta berdoa agar suatu hari akan bertambah baik...insyaallah doa yg selalu kiter mohon tanpa rasa jemu..suatu hari allah akan makbulkan...teruskan usaha moga allah tentukan   semua yg terbaik utk kiter...semua yg terjadi adalah kehendak allah s.w.t..yg sentiasa menguji hamba2nyer tanpa rasa jemu...moga doa2 yg telah kita pohon mendapat rahmat dan keberkatan dr allah...amin

Monday 18 April 2011

7 kalimah yang perlu dihafal dan diamalkan...

Barangsiapa yg hafal & mengamalkan 7 kalimah ini akan dimuliakan oleh Allah & malaikat & akan diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih di lautan..

1. bismillahhirrahmannirrahim : pada tiap2 kali hendak melakukan sesuatu.

2. alhamdulliah :pada tiap2 habis melakukan sesuatu.

3. astagfirrullahhal azim :jika tersilap mengatakan sesuatu yg buruk.

4. insyaallah :jika ingin melakukan sesuatu pada masa akan datang.

5. lahaulawalaquataillahbillah :bila tidak dapat melakukan sesuatu yg agak berat atau melihat sesuatu yg buruk.

6. innalillah :jika menghadapi musibah/melihat kematian.

7. laailaahaillallah :bacalah sepanjang siang & malam sebanyak-
banyaknya. Amalkanlah selalu moga2 kita tergolong dikalangan orang yg terpilih oleh Allah.

SEMOGA HARI NIE LEBIH BAIK DR SEMALAM...

Ari ni..moga allah bg aku kekuatan ..hindarkanlah rasa takut..moga aku lebih berani..sesungguhnyer aku insan yg lemah...kuatkan semangat ku demi menempuh dugaan dlm hdp ini...aper yg terjadi pd dr aku...rasa takut ader dlm dr ku..tanpa sebab..tiba2 aku rasa mcm nk nangis..nk menjerit..badan sejuk seperti ditiup2...hanya allah yg tahu...sesungguhnyer semua adalah dr allah swt...hindarkan lah drku dan keluargaku drpd sebarang perkara2 butuk...

Sunday 17 April 2011

Kegunaan Bacaan Asas 10 Pertama

Kegunaan Bacaan Asas 10 Pertama

Secara umumnya, Bacaan Asas 10 (Pertama) ini boleh dibahagikan kepada 5 bahagian utama:
                 
Kategori
Kombinasi Bacaan
Kegunaan

1

1. Surah-Al-Fatihah
2. Selawat Syifa’


Untuk merawat pelbagai Jenis Penyakit

1. Surah-Al-Fatihah
2. Selawat Syifa’
3. Lauanzalna


Untuk menurunkan sesuatu, seperti untuk memudahkan kelahiran bayi, memulihkan masalah kesukaran buang air kecil atau besar, kesukaran menelan atau tercekik tulang dan seumpamanya.


2

1. Surah-Al-Fatihah
2. Doa Menghindar Syaitan
3. Salam Selahtera Sulaiman
4. Doa Sulaiman


Untuk menangani iblis dan syaitan, terutamanya makhluk yang sedang menyerap merasuk dalam tubuh


3

1. Surah-Al-Fatihah
2. Selawat Syifa’
3. Selawat Tafrijiyyah


Untuk menghadapi masalah yang rumit atau merawat pesakit yang tidak diketahui puncanya


4

1. Surah-Al-Fatihah
2. Kaaaaf  Ha Ya ‘Aiiiin  Sooood
     Ha Miiiim   ‘Aiiiin Siiiin Qoooof

Berikan konsentrasi ketika membaca huruf-huruf potong ini


Bagi pesakit yang memerlukan rawatan Segera, seperti pesakit yang sedang mengerang kesakitan.


5

1. Surah-Al-Fatihah
2. Ayatul Kursi

Untuk memastikan pesakit betul-betul sembuh, di mana jin yang merasuk telah keluar daripada tubuh badan, suruh pesakit mem­baca Ayatul Kursi dengan 9 wakaf, dan mengulangi ayat pada wakaf 8 & 9 sebanyak  3 atau 7 kali.



Ayat al-Kursi dibaca untuk keselamatan diri, selepas sembahyang lima waktu, sebelum tidur atau ketika diganggu oleh iblis dan syaitan di perjalanan. Ayat ini juga boleh dibaca untuk keselamatan diri, keluarga, rumah dan harta benda.




RANGKAIAN ZIKIR

Zikir adalah penting dan merupakan satu ibadah untuk memelihara diri daripada gangguan iblis dan syaitan. Berikut ini adalah amalan zikir yang perlu diamalkan sekurang-kurangnya seminggu sekali dan seelok-eloknya setiap hari.

Kebiasaan yang dilakukan di Darussyifa', Rangkaian Zikir ini dibaca selepas membaca Surah Yaasin.


RANGKAIAN ZIKIR 

1


2

3

4

5

6

7

8

9


BACAAN ASAS 10 PERTAMA

BACAAN ASAS 10 PERTAMA
No.
Bacaan


1

Surah Al-Fatihah
Terjemahan:
(1) Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi  Maha Penyayang. (2) Segala  puji bagi Allah,  Tuhan semesta alam, (3) Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, (4) Yang  menguasai  hari pembalasan. (5) Hanya kepada Engkaulah  kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan (6) Tunjukilah kami jalan yang lurus, (7) (yaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan nikmat kepada mereka, bukan (jalan)  mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.



Surah Al-Fatihah







2

Ayatul Kursi
Terjemahan;
Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia Yang Hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya), tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi. Tiada yang dapat memberi syafaat di sisi Allah tanpa izin-Nya. Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya.  Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar. (Surah Al-Baqarah ayat  255)

 

Ayatul Kursi



3

Terjemahan:
Wahai Tuhan yang menyembuhkan penyakit


Yaa-Baari’



4

Kaaaaf  Ha Ya ‘Aiiiin  Sooood
Ha Miiiim   ‘Aiiiin Siiiin Qoooof





5

Selawat Syifa’
Terjemahan:
Ya Allah, berilah rahmat ke atas penghulu kami, nabi Muhammad S.A.W. yang dengan berkat baginda, engkau menyembuhkan hati-hati, menjadi penawar dan menyihatkan tubuh badan juga memberi kesembuhan penyakit serta mengurniakan cahaya penglihatan dan kurniakanlah juga rahmat keberkatan dan kesejahteraan keatas keluarga dan sahabat baginda.



Selawat Syifa’



6

Selawat Tafrijiyyah
Terjemahan:
Ya Allah, anugerahkan rahmat dan kesejahteraan yang sempurna ke atas penghulu kami Nabi Muhammad, yang dengan berkatnya  terhurai apa yang tersimpul, terlepas daripada segala kesusahan, juga ditunaikan segala hajat, dan tercapai segala keinginan, dan akhir hayat yang baik, dan dicurahkan rahmat, hasil keberkatan wajahnya, yang mulia, kerahmatan dan kesejahteraan yang sempurna Engkau anugerahkan juga ya Allah, ke atas keluarga dan sahabatnya dengan kiraan setiap kerdipan mata, juga hembusan nafas dan setiap bilangan ilmu yang ada bagiMu.


Selawat Tafrijiyyah



7

Lauanzalna
Terjemahan:
(21) Kalau sekiranya Kami menurunkan Al Qur'an ini kepada sebuah gunung, pasti kamu akan melihatnya tunduk terpecah belah disebabkan takut kepada Allah. Dan perumpamaan-perumpamaan itu Kami buat untuk manusia supaya mereka berpikir. (22) Dia-lah Allah Yang tiada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia, Yang Mengetahui yang ghaib dan yang nyata, Dia-lah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. (23) Dia-lah Allah Yang tiada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia, Raja, Yang Maha Suci, Yang Maha Sejahtera, Yang Mengaruniakan keamanan, Yang Maha Memelihara, Yang Maha Perkasa, Yang Maha Kuasa, Yang Memiliki segala keagungan, Maha Suci, Allah dari apa yang mereka persekutukan. (24) Dia-lah Allah Yang Menciptakan, Yang Mengadakan, Yang Membentuk Rupa, Yang Mempunyai Nama-Nama Yang Paling baik. Bertasbih kepada-Nya apa yang ada di langit dan di bumi. Dan Dia-lah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. (Surah Al-Hasyr ayat 21 ~ 24)



Lauanzalna



8

Doa Menghindar Syaitan
Terjemahan:
Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna daripada setiap musuh dan kecelakaan, juga daripada setiap syaitan yang tercela. Aku belindung kepada Allah yang esa lagi mulia,  daripada setiap musuh dan orang yang hasad , juga daripada syaitan yang derhaka. Dengan nama Allah yang maha pemurah terhadap hambanya dengan firmanNya “Sesungguhnya Kami telah jadikan manusia itu dalam keadaan sebaik-baik kejadian”.


Doa Menghindar Syaitan



9

Sejahtera ke atas nabi Sulaiman
Terjemahan:
Selamat Sejahtera ke atas nabi Sulaiman
di dunia dan akhirat





10

Doa Sulaiman
Terjemahan:
Ya Allah, masukkan kami dalam kawalan lingkungan Nabi Sulaiman, dan Nabi Sulaiman telah memiliki daripada timur dan barat dengan kebolehan anugerah Allah, sifat, perbuatan-perbuatan dan juga kekuatannya,. Selamat sejahterakanlah kami wahai tuhan Jibrail, Mikail, Israfil dan Izrail.  Telah menguasai Nabi Sulaiman dari timur dan barat, jin, manusia, angin dan awan berserta keselamatan yang banyak. Maha suci Allah ta’ala yang maha mulia kemuliaan, dan kesempurnaanNya, ketahuilah oleh kamu wahai iblis, wahai iblis, wahai iblis, Syaitan-syaitan tinggal dalam kegelapan. Wahai Tuhan kami, terimalah daripada kami doa Nabi Sulaiman, dan telah berselawat Allah ke atas Nabi Sulaiman, juga keatas para nabi dengan rahmatMu ya Allah yang amat mengasihani daripada segala-galanya.


Doa Sulaiman