Tuesday 27 November 2012


PERKEMBANGAN JANIN
Perkembangan Bayi Minggu 1Lapan hari selepas persenyawaan, blastocyst akan merembeskan mukus untuk menyatakan kehadirannya di dalam rahim. Nota Hamil : Anda digalakkan makan lebih banyak asid folik iaitu 400 micrograms (mcg) sehari. Asid folik diperlukan untuk menghasilkan sel darah merah selain dapat mengelakkan kecacatan janin seperti spina bifida. Perkembangan Bayi Minggu 2Blastocyst mula menggelembung dan membahagi dua kali dalam tempoh sehari. Pada hari ke-12, jumlahnya akan menjadi beribu- ribu. Setelah itu, blastocyst disauh dengan kukuh pada endometrium. Nota Hamil : Dalam minggu ini pula, anda perlu mengambil makanan tambahan yang mengandungi asid folik, besi dan kalsium termasuklah beberapa jenis nutrien penting lain untuk perkembangan bayi yang sihat. Perkembangan Bayi Minggu 3Selepas tiga minggu persenyawaan, saiznya ialah sepanjang 0.08 inci ataupun 2 mm. Gen mula membentuk tiga lapisan sel daripada organ badan yang akan bergabung. Nota Hamil : Di awal minggu kehamilan anda perlu banyak mengambil kalsium. Antaranya keju atau susu. Namun terdapat beberapa jenis keju yang boleh menyebabkan listeria. Penyakit ini menimbulkan kesakitan seperti sakit otot, sakit belakang, demam dan kesejukkan. Digalakkan juga memakai stokin, serta baju panas. Perkembangan Bayi Minggu 4Pada minggu ini, akan kelihatan bentuk awal otak dan tulang belakang. Jantungnya mengepam darah ke paru-paru dan aorta (urat besar yang mengalirkan darah daripada jantung) Nota hamil : Senaman dipercayai baik untuk ibu hamil. Apabila anda aktif, anda dapat mengelakkan ketidakselesaan seperti sakit belakang, sukar tidur, sembelit dan keletihan. Perkembangan Bayi Minggu 5Walaupun anggota tubuh badan bayi yang jelas kelihatan ialah matanya, namun otaknya masih dalam proses perkembangan. Begitu juga dengan saluran darah yang tidak lama lagi akan bertukar menjadi jantung. Nota Hamil : Suhu badan yang terlalu panas boleh menyebabkan kecacatan pada bayi. Jadi elakkan aktiviti seperti bersauna, jakuzi dan senaman yang boleh menyebabkan suhu tubuh meningkat. Perkembangan Bayi Minggu 6Jantungnya kini sudah terbentuk dan mula berdenyut. Di akhir minggu ini, saluran yang menghubungkan bayi dengan plasenta mula membesar menjadi tali pusat. Selain itu, saluran darah juga terbentuk. Saiz bayi kini membesar jari kelengkeng dan pergerakkannya hanya dapat dilihat melalui ujian imbasan. Nota Hamil : Jika anda menderita morning sickness, bau-bau tertentu membuatkan anda jadi lebih teruk lagi. Kulit anda juga berubah menjadi lebih gelap sehingga menjadi bertompok-tompok dan mengelupas. dan kebiasaannya gatal-gatal akibat pengelupasan kulit seluruh badan. Nasihat saya jangan garu dengan kuku atau benda tajam sebaiknya sapukan losyen sepelas mandi atau ketika kulit terasa kering. Banyakkan minum air mineral. Perkembangan Bayi Minggu 7Lubang hidung, bibir, lidah dan giginya dalam proses pembentukkan. Manakala kaki dan lengannya kian berkembang. Dalam pada itu, tulang belakang, usus dan otak hampir terbentuk. Nota Hamil : Anda mungkin berasa pening ataupun pengsan jika berdiri terlalu lama. Selain itu, jika terpaksa berada dalam keadaan sesak, anda juga mungkin berkeadaan sebegini. Anda juga mudah berasa letih. Banyakkan berehat bagi mencapai keselesaan. Perkembangan Bayi Minggu 8Mata, telinga dan telinga tengah yang mengawal keseimbangan sudah mula terbentuk. Saluran darahnya juga sudah mula kelihatan. Jantungnya pula mula berdenyut pada kadar denyutan normal. Memandangkan kaki dan lengannya kian berkembang, bayi sudah “pandai” bergerak dan menendang. Walau bagaimanapun, saiznya yang masih kecil, tidak membenarkan anda merasai pergerakannya. Nota Hamil : Perubahan bentuk fizikal mula dialami,puting dan payu dara mula membesar dan mudah sensitif. Lelehan faraj juga makin banyak. Digalakkan memakai pantyliner dan menggunakan pencuci khusus alat sulit untuk keselesaan. Serta kerap menukar seluar dalam yang bersih. Perkembangan Bayi Minggu 9Bentuk muka bayi mula berkembang, malah mulut dan hidungnya jelas kelihatan. Begitu juga dengan kaki dan tangannya. Nota Hamil : Berat badan ibu mula bertambah. Anda digalakkan untuk merekodkan setiap pertambahan berat badan yang dialami. Ketika ini, gusi anda menjadi lebih lembut dan nipis disebabkan oleh perubahan hormon. Berhati-hati memilih makanan yang sesuai pada ketika ini, kurangkan makan karbohidrat kerana boleh menyebabkan badan si ibu meningkat. Sebaiknya ikut nasihat doktor cara bagaimana pemakanan yang sesuai untuk anda. Perkembangan Bayi Minggu 10Telinga luaran mula jelas kelihatan. Tubuhnya kini mula memanjang iaitu ibu jari dan jari-jari yang lain jelas terlihat tetapi bentuknya belum sempurna seperti jari normal manusia. Nota Hamil : Jumlah darah yang mengalir di dalam tubuh kian meningkat. Ini akan membuatkan anda berasa lebih panas daripada biasa. Saiz rahim anda kini sebesar buah oren. Perkembangan Bayi Minggu 11Majoriti organ bayi sudah terbentuk. Kini, bayi berada dalam zon selamat daripada sebarang ketidak normalan pada janin dan jangkitan tertentu. Nota Hamil : Ketidakselesaan yang dialami membuatkan anda mudah berasa letih. Jadi, anda perlu mengambil peluang merehatkan diri jika ada kesempatan. Perkembangan Bayi Minggu 12Jantung bayi berdegup antara 110 hingga 160 kali seminit. Pada minggu ini dadanya turun naik kerana dia sudah mula bernafas. Bentuk tubuhnya sudah mula kelihatan. Ibu jari dan jari-jari lainnya sudah lengkap terbentuk. Termasuk kukunya. Bayi sudah mampu menghisap ibu jarinya dan menelan cecair amniotik seterusnya menukarkannya menjadi urin. Nota Hamil : Berat badan anda akan bertambah kira-kira ¼ daripada berat badan normal di antara minggu ini hingga minggu ke-20. Ketika minggu ini anda akan merasa lebih bertenaga berbanding minggu- minggu sebelumnya. Perkembangan Bayi Minggu 13Tulangnya mula berkembang, begitu juga dengan gigi. Pada tahap ini, bayi sentiasa menggerakkan bibirnya sebagai persediaan untuk merangsangkan otot bibirnya supaya daya hisapnya dapat berfungsi dengan baik setelah dia lahir nanti. Nota Hamil : Perubahan ’saiz’ rahim yang kian membesar akan membuatkan anda menyedari bahawa perasan perut anda “buncit”. Dalam pada itu, perubahan warna putting turut berlaku. Warna bahagian tersebut berubah menjadi lebih gelap dan urat biru pada payu dara anda mula jelas kelihatan. Perkembangan Bayi Minggu 14Organ-organ bayi dalam kandungan sudah mulai matang. Dagu, dahi dan hidung kini semakin menyerlah. Bayi juga berupaya untuk menggerak-gerakkan kepalanya dan ada kalanya dia boleh mengerutkan kening. Nota Hamil : Katakan selamat tinggal kepada morning sickness. Saat ini, anda dapat menikmati makan dan minum. Jika beberapa bulan sebelum ini dunia seks anda hambar, jangan risau. Kini, keseronokkan hubungan seks itu muncul kembali dan mungkin lebih baik daripada sebelumnya. Agar hubungan anda dan suami pulih seperti sedia kala, tumpukan perhatian dan berikanlah kasih sayang sepenuhnya pada suami. Perkembangan Bayi Minggu 15Tulang rangka bayi sedang giat berkembang. Kini, kakinya lebih panjang daripada tangan. Rambut pada kepala juga semakin menebal. Begitu juga dengan kening dan bulu matanya. Semua makin jelas kelihatan. Ketika ini, dia sudah boleh mendengar. Antara yang paling jelas didengarnya ialah suara anda selain daripada degupan jantung dan bunyi perut anda. Nota Hamil : Kuantiti darah yang mengalir dalam badan semakin banyak. Pada masa yang sama bayi juga perlukan oksigen. Oleh yang demikian, jantung perlu bekerja kuat. Jadi, tidak hairanlah jika ketika ini jantung anda kelihatan sedikit besar. Semua itu adalah untuk memastikannya mampu menjalankan tugas sebaiknya. Perkembangan Bayi Minggu 16Bayi semakin kerap bergerak. Tubuhnya juga mula diselaputi lanugo iaitu rerambut halus. Tujuannya ialah untuk mengekalkan keseimbangan suhu badan. Jantina bayi juga sudah boleh diketahui semasa ultrasound dilakukan. Nota Hamil : Pada saat ini anda sepatutnya rasa lebih segar, seronok dan gembira. Selera makan juga semakin bertambah. Anda mungkin dapat merasa pergerakkan pertama bayi dalam kandungan. Akan tetapi pergerakan bayi anda tidaklah terlalu ketara. Pada masa yang sama, garis halus berwarna gelap di bawah abdomen yang dikenali sebagai linea niagra semakin menyerlah. Perkembangan Bayi Minggu 17Anggota badan bayi kini terbentuk dengan sempurna. Deria rasanya juga sudah mula dibina. Bayi anda sekarang sudah mempunyai cap jarinya sendiri. Nota Hamil : Pinggang ramping anda kini sudah menghilangkan dirinya. Yang tinggal hanyalah perut yang semakin membesar di samping kehadiran sedikit tanda rekahan pada bahagian tersebut. Selain perut, gusi juga mengalami sedikit gangguan. Gusi berdarah ialah antara masalah yang biasa. Pemilihan baju serta seluar juga perlu ditukar. Jangan memakai pakaian yang ketat seperti jeans. Namun anda masih boleh bergaya kerana dipasaran terdapat banyak seluar untuk ibu hamil yang seakan sama dengan pakaian casual yang anda pakai sebelum mengandung. Begitu juga dengan bra, dan seluar dalam anda perlu menukar kepada saiz yang lebih besar atau yang selesa. Perkembangan Bayi Minggu 18Kulit bayi ketika ini masih lagi berkedut kerana dia belum mengumpul lemak. Dia juga sangat aktif bergerak. Bayi juga mula peka terhadap bunyi-bunyian daripada luar. Oleh yang demikian, jangan terperanjat jika tiba-tiba bayi menendang setelah terdengar bunyi kuat. Nota Hamil : Ketika ini anda sudah semakin dapat rasa pergerakkan anak. Dalam masa yang sama, anda juga mungkin mengalami masalah untuk bernafas. Hal ini terjadi kerana membran dalam hidung akan membengkak seterusnya mengganggu peredaran udara masuk ke dalamnya. Selain itu, lelehan faraj juga semakin bertambah. Sama seperti apa yang saya katakan tadi digalakkan menggunakan panty liner dan kerap menukar seluar dalam yang bersih. Perkembangan Bayi Minggu 19Sama seperti anda, bayi dalam kandungan juga semakin membesar. Ketika ini gigi susu mulai terbentuk dalam gusi. Dalam masa yang sama, tunas untuk pembentukkan gigi kekal juga muncul. Nota Hamil : Saat ini berat badan anda semakin bertambah. Punggung, paha dan bahagian abdomen adalah antara kawasan yang paling ketara pertambahan beratnya. Urat-urat halus juga mula kelihatan pada muka anda. Perkembangan Bayi Minggu 20Vernis iaitu sejenis bahan putih berminyak mula menyelaputi kulit bayi untuk melindunginya daripada cecair amniotik semasa berada dalam kandungan. Nota Hamil : Rahim semakin cepat membesar dan anda kini telah kelihatan sama seperti ibu hamil lain. Akibat pembesaran perut yang begitu cepat, pusat hampir tidak kelihatan. Tetapi, ada sesetengah ibu hamil pusatnya tidak menjadi rata sebaliknya tertonjol keluar. Ketika ini masalah pedih ulu hati bukanlah sesuatu yang asing. Ini terjadi akibat perubahan hormon yang akan menyebabkan injap pada pintu masuk perut mengendur. Kesannya, asid perut kembali semula ke saluran perut yang dikenali sebagai esofagus. Agar masalah ini tidak berlarutan, elakkan makan terlalu banyak makanan yang terlalu pedas ataupun bergoreng. Perkembangan Bayi Minggu 21Si kecik kini sebesar kira-kira sebiji pisang besar. Sudah besar bukan? Jadi apa salahnya jika anda mula mencari nama terbaik untuknya. Nota Hamil : Pada minggu ini badan anda berupaya menerima makanan lebih daripada biasa. Jadi, jangan terlalu banyak makan kerana lemak akan berkumpul dan tahap gula mungkin meningkat. Elakkan juga makanan yang tinggi kandungan karbohidrat seperti nasi kerana ini akan menyumbang kepada peningkatan gula dalam darah. Perkembangan Bayi Minggu 22Perkembangan pendengaran bayi di tahap yang memberangsangkan kerana anak kini sudah mula mendengar bunyi dari luar. Nota Hamil : Minumlah segelas jus oren setiap kali anda mengambil makanan yang tinggi zat besinya seperti brokoli dan buah yang diawet. Jus oren membolehkan mineral dari makanan tersebut diserap dengan banyak dan mudah. Perkembangan Bayi Minggu 23Degupan jantung kini boleh dikesan menggunakan seteskop. Dia juga mula pandai tersedu. Nota Hamil : Jika tangan dan kaki bengkak, jangan panik. Perkara ini biasa berlaku pada ibu hamil khususnya di akhir-akhir minggu kehamilan. Proses ini dinamakan sebagai oedema. Untuk melegakan kaki yang bengkak cuba rendam dengan air panas 5 - 15 minit setiap hari sebelum tidur. Perkembangan Bayi Minggu 24Bayi semakin lasak bergerak. Anda juga semakin mahir membaca pergerakkannya. Degupan jantung bayi sudah boleh didengar walaupun hanya menggunakan setoskop biasa. Pendengarannya semakin tajam. Bayi mendengar setiap bunyi yang ada seperti suasana di luar, degupan jantung dan bunyi angin dalam perut ibu. Oleh yang demikian, gunakan masa ini untuk mendengarkan anak dengan muzik, lagu atau bacaan Al-Quran. Nota Hamil : Empat peratus daripada ibu hamil cenderung mengalami masalah kecing manis atau diabetis pada minggu ini. Jadi kawal pemakan harian anda. Perkembangan Bayi Minggu 25Sel-sel otak pada bayi terus berkembang dan menjadi semakin kompleks. Tulangnya juga semakin keras. Kini, bayi semakin sktif belajar bernafas, menyedut dan keluarkan kembali cecair amniotik yang wujud di sekitarnya mereka. Sekiranya bayi tertelan terlalu banyak cecair tersebut, dia boleh tersedu. Nota Hamil : Memasuki minggu ini, pelbagai perasaan akan timbul. Takut, gembira, gementar, suka, risau dan segala jenis macam rasa akan timbul. Jangan terlalu banyak berfikir. Cuba tenangkan diri dengan membanyakkan bacaan tentang kehamilan serta ayat-ayat Al-Quran. Perkembangan Bayi Minggu 26Bayi mula belajar bernafas. Tetapi, pada tahap ini masih belum ada oksigen yang akan masuk ke dalam paru-paru. Tahap ini juga kedudukan bayi dalam keadaan menyongsang. Jangan panik. Dari masa ke semasa bayi akan berada di kedudukkan yang betul setelah berpusing mengikut usia kandungan. Nota Hamil : Akan berlaku perubahan khususnya soal pernafasan. Anda mungkin akan cepat mengah dan rasa seperti kekurangan oksigen. Hal ini di sebabkan oleh saiz bayi yang kian membesar dan mula menekan jantung dan paru-paru. Seperti nasihat saya sebelum ini anda perlu menukar saiz bra, seluar dalam dan elakkan memakai pakaian yang ketat. Perkembangan Bayi Minggu 27Bayi makin membesar manakala kulit pula mula menebal dan berkedut dan diselaputi dengan satu lapisan yang dinamakan vernix caseosa Nota Hamil : Anda mungkin menghadapi beberapa penyakit biasa ketika mengandung iaitu kecing manis dan darah tinggi. Oleh yang demikian, anda perlu tahu keadaan fizikal terkini dan pastikan kesihatan berada di tahap normal. Perkembangan Bayi Minggu 28Pada usia ini, bayi sudah cukup sifatnya dan boleh lahir pada bila- bila masa. Jika bayi lahir pada usia ini, dia diketegorikan sebagai bayi pramatang. Jantungnya kini berdegup sebanyak 150 degupan seminit. Nota : Payu dara kini mula mengeluarkan kolostrum iaitu sejenis cecair likat. Jika anda berasa tidak selesa dengan pengeluaran kolostrum tersebut, cuba pakai pad pada baju dalam bagi mengelakkan rasa melekit. Perkembangan Bayi Minggu 29Bayi semakin membesar dan memenuhi ke seluruhan ruang dalam perut. Kepalanya mula sepadan dengan badan. Kening dan bulu mata tumbuh sepenuhnya. Bulu pada badannya terus tumbuh. Matanya boleh membuka dan ditutup dan mula fokus. Nota Hamil : Dengan perut yang semakin besar, tidur anda kini sering tidak nyenyak. Selain daripada rasa tidak selesa semasa berbaring, anda juga semakin kerap ke bilik air. Ketika ini cara tidur yang betul penting untuk memastikan anda berpeluang untuk berehat secukupnya. Agar anda rasa selesa ketika berbaring, alaskan perut dan kaki dengan bantal. Ingin tahu bagaimana memilih bantal khusus untuk ibu hamil serta cara posisi yang baik sila dapatkan Buku Dairi Hamil yang terdapat diruang Kedai Buku Online dalam page ini. Perkembangan Bayi Minggu 30Bayi kini sudah pandai menyesuaikan keadaan mengikut keselesaan. Nota Hamil : Anda akan cepat rasa letih kerana perut semakin membesar. Jika berjalan terlalu laju anda akan cepat lelah. Jadi adalah penting untuk anda menjaga posisi. Tidur pada waktu malam juga mungkin akan terganggu. Perkembangan Bayi Minggu 31Kini, dia sangat aktif dan sudah dapat membezakan antara terang dan gelap. Nota Hamil : Sesak nafas atau termengah-mengah akan mudah berlaku sekiranya anda tidak berhenti bergerak. Jadi banyakkan berehat. Jika waktu malam anda rasa kurang selesa untuk bernafas, pastikan pakaian anda tidak terlalu ketat dan panas. Perkembangan Bayi Minggu 32Bayi semakin aktif bergerak. Dia akan memusingkan badan, menendang dan membuat lebih banyak lagi aksi berbanding sebelum ini. Walaubagaimanapun, kedudukan kepala bayi tetap berada si permukaan serviks untuk keluar pada bila-bila masa. Nota Hamil : Jika anda bekerja, mulakan cuti sekarang. Nikmati hujung minggu kehamilan ini dengan pelbagai persediaan mental dan fizikal. Perkembangan Bayi Minggu 33
Jari jemari mulai terbentuk dengan sempurna. Begitu juga halnya dengan paru-paru. Ketika ini, bayi mula berlatih bernafas. 
Nota Hamil : Kenaikan berat badan kini tidak terlalu cepat. Jika tidak pun, berat badan hanya meningkat lebih kurang 1kg untuk setiap minggu. Anda digalakkan memeriksa tahap kesihatan dengan kerap agar tidak berlaku sebarang masalah. 
Perkembangan Bayi Minggu 34
Berat badannya semakin bertambah. Matanya mula sensitif terhadap cahaya. Kening dan bulu mata kini sudah cukup matang dan mata janin kini sudah pandai berkedip-kedip. Sekiranya janin adalah lelaki, testisnya mula membentuk dengan sempurna. 
Nota Hamil : Tekanan darah mungkin akan meningkat agak tinggi. Jadi, jaga sedikit perasaan dan emosi pada peringkat ini. 
Perkembangan Bayi Minggu 35
Tulang kepalanya lembut dan mudah lentur. Manakala kulitnya mula berubah menjadi kemerah-merahan. Kini, dia tahu waktu tidur dan berjaga. 
Nota Hamil : Banyakkan berbincang tentang emosi dan kesediaan anda ketika di bilik bersalin bersama pasangan atau sesiapa yang akrab agar rasa gentar dan risau semakin hilang. Dalam masa yang sama, kawal diet. Jangan berjalan keluar rumah kerana takut kontraksi boleh bermula pada bila-bila. Bersiap sedia dari sekarang. 
Perkembangan Bayi Minggu 36
Kontraksi awal boleh bermula sekarang. Jika berlaku tidak terlalu kerap, itu bukan tanda ingin bersalin. Itu adalah tanda kandungan anda semakin mencapai tahap matang. Bayi mula pandai bernafas dengan betul, menghisap jari dan belajar menelan. 
Nota Hamil : Pernafasan kini menjadi semakin tidak selesa. Pangkal rahim juga rasa sakit akibat tekanan yang dibuat oleh bayi dalam kandungan. Pemeriksaan kehamilan pula akan dijalankan setiap minggu mulai sekarang. 
Perkembangan Bayi Minggu 37
Bulu pada badan bayi mula berkurangan. Bayi mula mengeluarkan hormon yang dinamakan cortisone yang membantu mematangkan orang pernafasan. 
Nota Hamil : Bersedia, mungkin anda bersalin pada minggu ini. Periksa semua persiapan sebelum dan selepas bersalin. Jangan takut untuk bertanya apa jua soalan berkaitan dengan proses kelahiran kepada orang yang berpengalaman. Sikap ini membantu anda menambah lagi ilmu untuk digunakan ketika di bilik bersalin. 
Perkembangan Bayi Minggu 38
Rambut mulai memanjang sehingga mencecah ukuran 5cm. Begitu juga dengan kukunya. 
Nota Hamil : Sentiasa peka dengan perubahan diri. Pastikan tanda-tanda ingin bersalin. Jika ada tanda cepat-cepat pergi ke hospital. Jangan terlalu banyak membuat kerja-kerja rumah takut nanti tenaga anda hilang. Kumpulkan tenaga untuk beberapa hari ini supaya tenaga yang disimpan itu dapat digunakan sepenuhnya ketika di bilik bersalin. 
Perkembangan Bayi Minggu 39
Pada peringkat ini, anak dalam kandungan kurang aktif dan banyak memperoleh antibodi daripada ibu. 
Nota Hamil : Masa kini sudah tiba. Rasa sakit kontraksi kini semakin kerap. Walaupun begitu, jangan biarkan rasa sakit itu menghantui anda. Tenangkan fikiran dan bersiap sedia untuk ke hospital. Banyakkan berselawat nabi serta berzikir untuk membantu keresahan. 
Perkembangan Bayi Minggu 40
Pada hujung minggu kehamilan pembesaran anak mula berkembang dengan lebih cepat. Lima tulang yang membentuk tengkoraknya belum bergabung antara satu sama lain.
Read more: http://www.ibumanja.com/?p=p_46&sName=PERKEMBANGAN%20JANIN#ixzz2DV6qws5B


Tuesday 13 November 2012


Doa Akhir Tahun
Bacalah doa ini tiga kali saat menjelang akhir tahun baru Islam, bisa dilakukan sesudah ashar atau sebelum maghrib pada tanggal 29 atau 30 Dzulhijah. Dengan doa ini kita memohon ketika kita akan mengakhiri perjalanan tahun yang akan ditinggalkan ini akan mendapatkan ampunan dari Allah Swt. atas perbuatan-perbuatan yang dilarang oleh-Nya, dan apabila dalam tahun yang akan ditinggalkannya itu ada perbuatan-perbuatan yang diridhai oleh Allah Swt yang kita kerjakan, maka mohonlah agar amal shaleh tersebut diterima oleh Allah Swt.

Bismillaahir-rahmaanir-rahiim
Wa shallallaahu ‘ala sayyidinaa Muhammadin wa ‘alaa aalihi wa shahbihii wa sallam.
Allaahumma maa ‘amiltu fi haadzihis-sanati mimmaa nahaitani ‘anhu falam atub minhu wa lam tardhahu wa lam tansahu wa halamta ‘alayya ba’da qudratika ‘alaa uquubati wa da’autani ilattaubati minhu ba’da jur’ati alaa ma’siyatika fa inni astaghfiruka fagfirlii wa maa ‘amiltu fiihaa mimma tardhaahu wa wa’adtani ‘alaihits-tsawaaba fas’alukallahumma yaa kariimu yaa dzal-jalaali wal ikram an tataqabbalahuu minni wa laa taqtha’ rajaai minka yaa karim, wa sallallaahu ‘alaa sayyidinaa Muhammadin Nabiyyil ummiyyi wa ‘alaa ‘aalihii wa sahbihii wa sallam
Artinya:
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Semoga Allah melimpahkan rahmat dan keselamatan kepada junjungan kami Nabi Muhammad SAW,beserta para keluarga dan sahabatnya. Ya Allah, segala yang telah ku kerjakan selama tahun ini dari apa yang menjadi larangan-Mu, sedang kami belum bertaubat, padahal Engkau tidak melupakannya dan Engkau bersabar (dengan kasih sayang-Mu), yang sesungguhnya Engkau berkuasa memberikan siksa untuk saya, dan Engkau telah mengajak saya untuk bertaubat sesudah melakukan maksiat. Karena itu ya Allah, saya mohon ampunan-Mu dan berilah ampunan kepada saya dengan kemurahan-Mu.
Segala apa yang telah saya kerjakan, selama tahun ini, berupa amal perbuatan yang Engkau ridhai dan Engkau janjikan akan membalasnya dengan pahala, saya mohon kepada-Mu, wahai Dzat Yang Maha Pemurah, wahai Dzat Yang Mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan, semoga berkenan menerima amal kami dan semoga Engkau tidak memutuskan harapan kami kepada-Mu, wahai Dzat Yang Maha Pemurah.
Dan semoga Allah memberikan rahmat dan kesejahteraan atas penghulu kami Muhammad, Nabi yang Ummi dan ke atas keluarga dan sahabatnya.

Doa Awal Tahun
Bacalah doa ini tiga kali saat kita memasuki tanggal 1 Muharam. Bisa dilakukan selepas maghrib atau pun sesudahnya. Dengan doa ini kita sebagai Mu’min memohon kepada Allah Swt. agar dalam memasuki tahun baru ini kita dapat meningkatkan amal kebajikan dan ketaqwaan.
Bismillaahir-rahmaanir-rahiim
Wa shallallaahu ‘alaa sayyidinaa Muhammadin wa ‘alaa ‘aalihi wa shahbihii wa sallam.
Allaahumma antal-abadiyyul-qadiimul-awwalu, wa ‘alaa fadhlikal-’azhimi wujuudikal-mu’awwali, wa haadza ‘aamun jadidun qad aqbala ilaina nas’alukal ‘ishmata fiihi minasy-syaithaani wa auliyaa’ihi wa junuudihi wal’auna ‘alaa haadzihin-nafsil-ammaarati bis-suu’i wal-isytighaala bimaa yuqarribuni
ilaika zulfa yaa dzal-jalaali wal-ikram yaa arhamar-raahimin, wa sallallaahu ‘alaa sayyidina Muhammadin nabiyyil ummiyyi wa ‘alaa ‘aalihi wa shahbihii wa sallam
Artinya:
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Semoga Allah senantiasa melimpahkan rahmat dan keselamatan kepada junjungan kami Nabi Muhammad SAW, beserta keluarga dan sahabatnya.
Ya Allah Engkaulah Yang Abadi, Dahulu, lagi Awal. Dan hanya kepada anugerah-Mu yang Agung dan Kedermawanan-Mu tempat bergantung.
Dan ini tahun baru benar-benar telah datang. Kami memohon kepada-Mu perlindungan dalam tahun ini dari (godaan) setan, kekasih-kekasihnya dan bala tentaranya. Dan kami memohon pertolongan untuk mengalahkan hawa nafsu amarah yang mengajak pada kejahatan,agar kami sibuk melakukan amal yang dapat mendekatkan diri kami kepada-Mu wahai Dzat yang memiliki Keagungan dan Kemuliaan. Semoga Allah senantiasa melimpahkan rahmat dan keselamatan kepada junjungan kami Nabi Muhammad SAW, Nabi yang ummi dan ke atas para keluarga dan sahabatnya.

Tuesday 6 November 2012

Doa & Amalan yg perlu dilakukan ketika mengandung..


Mari kita sama-sama amalkan semua ini.Sewaktu mengandung, sebaik-baiknya kita membaca surah-surah di dalam Al-Quran untuk dijadikan amalan harian.Ia juga baik diamalkan sewaktu membesarkan anak-anak.1. Surah Yusuf: Utk mendapatkan anak yang comel/cantik2. Surah Luqman: Utk mendapatkan anak yang bijak/pintar/pandai3. Surah Maryam: Utk mendapatkan anak yang soleh4. Surah An-Nahl ayat 78: Utk memudahkan bersalin (dengan izin Allah SWT)5. Surah Al-Fatihah6. Surah Yaasin7. Surah Ayatul Kursi8. Surah Al-Araaf ayat 1899. Surah Al-Imran ayat 38: Doa memohon anak yang baik10. Surah Al-Imran ayat 8-9: Doa memohon rahmat11. Surah Ibrahim ayat 40: Doa agar anak tetap mengerjakan solat12. Surah Al-Baqarah ayat 128: Doa agar anak patuh kepada Allah SWT13. Surah Yassin ayat 22 – 23: Untuk menjaga aqidah/memberi hidayah kepada anak14. Surah As-Sajdah ayat 7-9: Doa agar anak menjadi orang yang soleh dan baik15. Surah Al-Furqan ayat 74: Doa agar dikurniakan anak yang menyejukkan/menyenangkan hati ibu bapa/doa untuk mendisiplinkan anak/doa untuk kebahagiaan sekeluarga.***************************************Untuk mudahkan anak-anak menerima pelajaran, suruh anak-anak mengamalkan bacaan surah Al-Insyirah ayat 1 – 8 (Alam Nasyrah) dan surah Al-Alaq (Iqra’) dalam solat Subuh.Selain itu, hafal serta amalkan surah An-Nur ayat 30 untuk terangkan hati, insya-Allah.SURAH AL-IIIJ’R (Batu Gunung)Barangsiapa membaca 3 ayat yang terakhir dari surah ini ke atas perempuan yang selalu anak kandungannya gugur, nescaya anak kandungannya itu akan terselamat.SURAH YUNUS (Yunus)Barangsiapa membaca ayat 31 dari surah ini ke atas perempuan yang hamil, nescaya ia melahirkan anak dalam kandungannya itu dengan selamat.SURAH YUSUF (Yusuf)Barangsiapa membaca ayat 68 dari surah ini, nescaya Allah akan mengurniakan kesolehan kepada anak-anaknya.Barangsiapa membacanya akan dimurahkan rezekinya dan diberikan kemuliaan kepadanya.Barangsiapa membaca ayat 64 dari surah ini, ia akan terhindar dari kepahitan dan kesukaran hidup.SURAH IBRAHIM (Ibrahim)Barangsiapa membaca ayat-ayat 32 hingga 34 dari surah ini, nescaya anak-anaknya akan terhindar dari perbuatan-perbuatan syirik dan bida’ah.SURAH MARYAM (Maryam)Barangsiapa membacanya, nescaya akan mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat.SURAH AS-SAJDAH (Sujud)Barangsiapa membaca ayat-ayat 7 hingga 9 dari surah ini ke atas kanak-kanak yang baru lahir, nescaya ia akan terhindar dari segala penyakit rohani dan jasmani.SURAH LUQMAN (Luqman)Barangsiapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari segala penyakit terutama dari penyakit perut.Barangsiapa membaca ayat 31 dari surah ini, nescaya akan terselamat dari bencana banjir.Wallahu a’lam.http://aidura.blogspot.com/
Buat ikhwah sekalian…Seorang wanita yang sedang hamil, atau hendak melahirkan, digalakkan membaca wirid dan doa-doa, yang berupa wirid dan doa harian (bersifat umum) mahupun yang lebih bersifat khusus lagi. Lebih-lebih, ketika sedang menjalani proses persalinan. Sebab, pada ketika itu, ia sedang dalam keadaan tertekan, sakit, takut, khuatir, gundah, dan sedang berada dalam kesukaraan.
Apakah ada amalan wirid dan doa khusus untuk wanita hamil? Alhamdulillah, dari sebuah buku yang berjudul “Wirid Ibu Hamil” karya Ummu Abdillah Naurah binti Abdirrahman, terbitan Pustaka Arafah. Penghantar buku ini ialah Syaikh Abdullah bin Abdurrahman Al-Jibrin (Anggota Dewan Fatwa Kerajaan Saudi Arabia).
Berikut ini ada beberapa kutipan sebahagian doa yang tercantum dalam buku tersebut. Bacaan ayat-ayat Al-Quran.1. Membaca Surah Al-’A'raaf : Ayat 54 – 56Ibnul Qoyyim raahimahullah dalam kitab Al-Waabil Ash-Shayyib (h. 176) menyebutkan bahawa ketika Fathimah Radiallahu ‘Anha mendekati masa kelahiran bayinya, Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam memerintahkan Ummu Salamah dan Zainab binti Jahsy agar datang untuk membacakan ayat Kursi kepadanya dan juga ayat inna robbakum…dan seterusnya


Inilah doanya di baca 3 kali sambil tangan memegang perut :
ٲﻋﻴﺬﮦ ﺒﺎﻠﻮﺍﺤﺪ ﺍﻠﺼﻤﺪ ﻤﻦ ﺸﺮ ﻜﻞ ﺬﻱ ﺣﺎﺴﺪ
“Uu i’zuhu bilwahidisshomadi min syarri kulli zi hasidin”
ertinya: Aku melindunginya dengan Tuhan yang maha esa yang menjadi tempat tumpuan segala makhluk daripada kejahatan tiap-tiap pendengki.