Thursday 19 September 2013

TIPS UNTUK BAKAL2 IBU,UMI,MUMMY,EMAK,MAMA

Tips utk ibu comel mengandung 1) minum susu an-mum utk mengelakkan kuning. 2) jgn makan jajan langsung supaya otak bb kite nanti bijak selain tu blh mengelakkan kuning. (magie, semua jenis cekedis, dan lain2 lah) 3) jgn makan asam boi dan yang sewaktu dengan nyer alasannyer same je ngan no 2 4) biler dah masuk 8-9 bln minum air kelapa, x kisah kelapa muda or tua. supaya biler bb kuar nanti kulit dier cantik dan bersih. 5) kurangkan menggeliat supaya x kejang otot 6) makan banyak tempe supaya otak bb bijak 7) buah masam macam buah mangga or yg sewaktu dgnnyer bleh makan tp kurang kan kuantitinyer, ia x sesuai utk otak bb. sabo, jgn terlalu sensitif dan jgn cepat menangis, kerana anak yang dilahirkan akan menjadi hiper active, tidak blh menfokuskan kpd sesuatu perkara, cth biler nk blaja blh fokus 10 min jer.. pastu tah ke mana. 9) mkn ubat yg diberikan oleh hospital krajaan.. sbab doc tempat sy keje dulu pun mkn ubat klinik krajaan walaupun dier ade clinic sendiri.. die ckp ubat tu memang bagus.. 10) biler dah masuk 7 bln tu, beli la head phone satu utk bb dgr lagu. mengikut kajian otak bb yg mendengar lagu2 english klasik ni lebih pintar.. tp kite sbg org islam baik bg die dgr ngaji mesti lg pandai kan.. 11) org mengandung ni memang mengidam bende yg pelik2, tp seblum mkn tu pikir dulu, ape kebaikan makanan tu utk bb kite? jgn di ikutkan sgt prasaan tu.. pizza, kfc, asam, magi, cekedis....... tu ape la sgt klau nk dibandingkan dgn anak yang sihat dan pandai betul x? 12) kpd yg bakal menjadi ayah plak jagalah hati dan emosi isterimu kerana ia penting tum-pembesaran anak mu, yg ibu tu plak jgnlah banyak songeh.. 13) lastly utk menjadi ibu dan ayah yang baik;p banyak kanlah membaca dan jgn lupe mengamalkannyer. jgn lupe bli buku ibu mengandung utk ur wife k..

MENYUSUKAN BAYI DENGAN SELAMAT

LANGKAH2 PENYUSUAN 1.Untuk keselesaan.Pastikan anda menumpukan berat badan anda pada bantal supaya tidak menyebabkan ketegangan pada bahagian pinggul dan tulang balakang anda. 2.Letakkan bayi anda pada sebelah yg menghadap anda dgn puting selaras dgn hidungnya. 3.Gerakkan payudara anda ke dalam mulut bayi anda. 4.Elakkan dari melentur leher bayi anda terlalu jauh ke belakang kerana ini menyukarkan bayi anda menelan. 5.Meletakkan tangan di bawah kepala bayi anda. 6.Sentiasa pastikan bayi anda bebas menggerakkan kepala. 7.Apabila bayi anda telah habis menghisap payudara pertama golekkan diri anda dan bayi anda ke sisi yg satu lagi atau hanya bersandar.. 8.Sendawakan bayi anda selepas menyusu..INI ADALAH WAJIB DILAKUKAN... TIP-TIP PENTING 1.Sentiasa pastikan bayi tidur berbaring untuk mengurangkan risiko Sindrom Kematian bayi mendadak. 2.Jangan sekali2 tidur dgn bayi anda di atas sofa atau di ruang yang sempit. 3.pastikan Papan kepala dan kaki katil tidak mempunyai lubang atau potongan yang boleh merangkap kepala bayi anda. 4.Pastikan tilam adalah padan dgn bingkai katil supaya bayi tidak terperangkap. 5.Kurangkan peralatan ditempat tidur dan elakkan bantal dan selimut yg besar dan gebu. 6.Pastikan kepala bayi anda tidak ditutup oleh mana2 peralatan di tempat tidur. 7.Adik-beradik yg lebih tua tidak harus berkongsi katil dengan ibu yg menyusukan bayi kerana ia merbahaya kepada bayi anda. 8.Bayi harus diletakkan di sebelah ibu,dan bukannya diantara ibu dan ayah. 9.Jika anda mempunyai rambut yg panjang,Pastikan ia diikat semasa anda tidur utk mengelakkan sebarang kejadian tercekik yg tidak sengaja...

Kanak2 dan kanser

Bagaimana ia berlaku...apabila sel2 badan akan tubuh di luar kawalan,menjadi saiz dan bentuk yg tidak normal serta memusnahkan sel2yg berhampiran dan akhirnya merebak ke organ2 dan tisu2 yg lain.kanak2 dibawah 14 thn lazimnya menghidap leukemia,kanser otak dan limfoma. Ia sering disebabkan oleh perubahan DNA dlm sel yg berlaku pd awal kehidupan kanak2,malah kadang2 ia berlaku ketika masih didlm rahim ibu. Pemeriksaan badan yg tetap dan berskala blh membantu kerana doktor anak anda mungkin dapat mengesan tanda2 awal kanser.Namun,Kebanyakkan tanda2 (misalnya jangkitan yg kerap,demam,kelenjar yg membengkak lebam @anemia adalah biasa walaubagaimanapun gejala yg luar biasa seperti demam yg berpanjangan,kekurangan berat bdn,ketulan@kembung adalah tidak patut diabaikan... Jika anak mengesyaki anak anda mungkin penghidap kanser.Ia adalah penting supaya anda mendapatkan bantuan segera daripada pusat perubatan yang mempunyai kepakaran dalam bidang onkologi pediatrik (rawatan kanser utk kanak2)

Apam Nasi

Apam nasi(anggarn 30bji); 1cwn nasi sejuk 1cwn tpg beras 1cwn tpg gndum 1cwn gula pasir 3sdu mauripan 1 3/4 cwn air *1paket eno biru *kelapa parut gaul secubit garam Cara2:smue blend kecuali eno dan kelapa..peram 3jam..nk kukus gaul eno dan kukus..hidang ngn kelapa parut.. SELAMAT MNCUBA..(;
Seorang lelaki berjalan mundar-mandir di lorong hospital,gelisah akan keadaan isterinya yang akan melahirkan anak sulung mereka.Setelah beberapa jam ia menunggu, tak jua terdengar tangisan bayi. Tiba-tiba,seorang doktor berjalan tergopoh-gopoh keluar dari ruang persalinan menuju kearahnya. "Bagaimana keadaannya doktor?" tanyanya penuh harap. "Maaf encik, kami sudah berusaha, keadaannya amat krit ikal. Si ibu sudah tak sedarkan diri! " jawab doktor itu. "Jadi bagaimana doktor ..?" "Kami tak mungkin dan berupaya untuk menyelamatkan keduanya, tapi masih ada harapan. Kami hanya punya satu pilihan, menyelamatkan si ibu, atau menyelamatkan si bayi!" Lelaki tersebut kebingungan, dan tak dapat berkata-kata. ...... "Maaf encik, setiap saat amat berharga, tolong cepat untuk membuat pilihan!" desak doktor itu. Akhirnya, dengan berat hati lelaki itupun berkata dengan nada sayu, "Doktor, saya sangat bingung .. Saya serahkan sepenuhnya kepada doktor.Tolong lakukan yang terbaik!" pintanya. Doktor pun bergegas kembali ke ruang persalinan. Nampaknya dia sudah berpengalaman menangani masalah darurat atau kritikal seperti ini. Dan dia tahu apa yang harus dilakukannya. ------------ --------- --------- --------- --------- - Ini adalah salah satu contoh, bagaimana keyakinan beragama boleh mempengaruhi keputusan disaat genting. Bagi seorang doktor beragama kristian/katolik, ia akan berusaha menyelamatkan si anak, dan mengorbankan si ibu. Bagi doktor muslim, ia akan berusaha menyelamatkan si ibu, dan mengorbankan si bayi. Memang benar, dua-duanya adalah pilihan yang sukar, tapi itulah jalan terakhir dan muktamat. Mengapa ia boleh berlaku seperti demikian? Dalam ajaran kristian, setiap manusia yang lahir sudah membawa dosa, doktrin ini dikenal dengan "dosa waris" atau "dosa asal".Manusia yang lahir sudah menanggung dosa Nabi Adam dan Hawa. Untuk menebusnya ia harus mengikuti seorang penyelamat yakni penebus dosa (Ketua Paderi atau Pope). Doktor Kristian itu akan berjuang sedaya upaya untuk menyelamatkan si anak,agar dia dapat lahir dengan sihat dan selamat walaupun sebaliknya terpaksa mengorbankan si ibu . Doktor berharap, setelah anak itu lahir ia akan mendapat kesempatan untuk dibaptiskan, untuk tujuan menebus dosanya. Jika si anak meninggal sebelum dibaptiskan, anak itu akan masuk neraka. Sebab, dosanya belum sempat ditebus. Dalam ajaran Islam, setiap manusia lahir dalam keadaan fitrah/ suci. Doktor muslim akan berjuang menyelamatkan si ibu, kerana dia tidak bimbang yang bayi akan masuk neraka. Dengan terselamatkannya si ibu, insyaAllah setelah sihat kembali akan dikurniai kekuatan untuk mengandung lagi dan mudah-mudahan mendapatkan ganti yang lebih baik, yang lebih soleh. Sedangkan anak yang tak sempat terselamatkan, biarlah ia kembali kepada Allah dalam keadaan suci. Mungkin lebih baik sekiranya bayi itu tidak dilahirkan di dunia yang penuh tipu daya ini agar hidupnya kelak tidak menjadi orang yang tersesat. Demikianlah, dalam keadaan serba salah lelaki itu tak sempat untuk memastikan agama doktor tadi. Dan ia sudah berserah sepenuhnya kepada doktor itu. Di dunia ini ada banyak agama dan kepercayaan. Pemahaman kita terhadap ajaran agama yang kita anut, akan menentukan jalan hidup kita. Itu sebabnya amat penting bagi kita orang Islam menentukan yang bakal menerima kelahiran anak kita adalah seorang doktor muslim. Sejak bangun tidur, kita sudah dihadapkan kepada pilihan. 1. Meneruskan tidur, atau bangun solat subuh? 2. Untuk lunch dulu, atau solat zohor dahulu 3. Setelah habis kerja, adakah terus pulang ke rumah, atau singgah ke gerai kopi/disco dulu? 4. Ikut terlibat melakukan pecah amanah, atau dimusuhi rakan sekerja? 5. Menyegerakan berkahwin, atau menundanya dulu? 6. Hidup mulia di sisi Allah, atau mulia dalam pandangan manusia? 7. Dan banyak lagi..... Kita akan sering dihadapkan pada pilihan-pilihan yang lebih sukar, dan melibatkan akibat atau natijah yang sangat ditakuti. Kesimpulannya perbanyakkanlah muhasabah diri dan tambahkan ilmu dengan majlis-majlis ILMU. Mudah-mudahan selamat kita semua di dunia & di akhirat... Amiin..

Nur Irsyida Qameela

ini anak dara ku..lahir pada 7hb 6 2013...semoga jadi anak yg solehah..ibu , abg n ayah syg adik mila...

Wednesday 18 September 2013

Please vote for Qameela

1.Go to www.smartchild.my 2.Login into Facebook and Click LIKE on SmartChild.My 3.Go to https://www.facebook.com/photo.php... 4.Click LIKE on your baby photo. 5.Share it on Facebook wall, tag photo of relatives, and encourage friends to vote for it.

Status Halal

Tolong sebar luaskan kepada rakan-rakan Muslim yang lain sebab ini urusan agama kita. Berikut adalah beberapa maklum balas dari JAKIM tentang status halal-haram restoran dan makanan :- 1. Restoran berikut telah mendapat pengesahan halal JAKIM : 1) McDonald's 2) A&W 3) Secret Recipe Restoran berikut telah ditarik sijil pengesahan halal JAKIM kerana gagal mematuhi syarat dan piawaian halal : 1) Victoria Station 2) Kam Lun Ta 3) Lotus Family Restoran Restoran berikut tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM : 1) San Francisco Steakhouse 2) Chicken Rice Shop 3) Kiwi Express Bagi minuman ringan keluaran syarikat F&N seperti Coke dan 100 plus telah mendapat pengesahan halal JAKIM . Bagi kuih bulan dan kuih bakul yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM adalah halal sebagai contoh yang dikeluarkan oleh syarikat KG Pastry atau Noraini’s Cookies dan lain-lain yang ada menggunakan logo halal JAKIMkecuali kuih bulan dari Kam Lun Tai kerana telah ditarik balik pengesahan halalnya disebabkan berlaku perlanggaran syarat dan peraturan halal yang ditetapkan. 2. Ayam segar yang dibungkuskan atas nama Farmbest adalah dikeluarkan oleh Syarikat Sin Mah Sdn Bhd, syarikat ini telah mendapat pengesahan halal JAKIM Sila semak disini www.halal.gov.my

KENAPA ISTERI SUKA DIPELUK SUAMINYA... dan BAGAIMANA PULAK PELUKAN SUAMI TU BOLEH BUAT ISTERI KURUS?

KENAPA ISTERI SUKA DIPELUK SUAMINYA... dan BAGAIMANA PULAK PELUKAN SUAMI TU BOLEH BUAT ISTERI KURUS? ✔ Kebanyakan suami tidak memahami mengapa isteri sangat suka apabila dipeluk. ✔ Bagi suami, pelukan hanyalah pertautan fizikal, dan ada kalanya merimaskan. ✔ Sedangkan bagi isteri, pelukan menyimpan erti lebih mendalam dan memberi manfaat besar bagi kesihatan jiwa. ✔ Pernah seorang kenalan wanita mengadu kepada saya, semangatnya lemah kerana suami tiada di rumah dan jarang memeluknya. ✔ Bila suami memeluknya, baru terasa semangat dan tubuh menjadi lebih bertenaga. ✔ Walaupun ia mungkin benar dari sudut psychology, tetapi dari segi physiologinya juga mengatakan ‘pelukan mesra suami mampu mengeluarkan hormone oxytocin’ dalam tubuh isteri dan memberikan kesan tersebut. Oleh itu para suami..... 1. peluklah isteri 2. belai lembut rambutnya 3. sentuh wajahnya 4. gosok lembut lengannya 5. kaitkan jari-jemari tangan anda dengan jari-jemarinya 6. gosok lembut punggungnya 7. sentiasa menjaga pandangan mata anda dengan matanya. Pelukan membuatkan pasangan merasa lebih dekat dan intim. Bagaimana pulak pelukan suami tu boleh buat isteri kurus? Camna tu tak tahu la pulak tapi menurut kata Pakar motivasi Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah, pelukan dan sentuhan suami kepada isterinya ada pelbagai kebaikan kepada si isteri juga kepada si suami antaranya: Pelukan suami dapat mengurangkan tahap kolesterol dan meningkatkan kesihatan isteri. Oleh itu suami yang inginkan isterinya menurunkan berat badan digalakkan peluk isterinya lebih kerap. Seorang suami yang memeluk isterinya untuk sekurang-kurangnya 10 saat setiap pagi akan panjang umurnya lima tahun. Ini kerana pelukan dan sentuhan boleh menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan pelbagai hormon termasuk endorfin yang baik untuk kesihatan tubuh. Hormon endorfin adalah sejenis bahan kimia semula jadi yang bertindak sebagai penahan sakit dan mengurangkan keresahan. Selain itu pelukan dan gurau senda antara suami dan isteri juga merupakan sunah Rasulullah s.a.w. Hubungan seks dalam penuh rasa kasih sayang juga dapat membantu pasangan untuk awet muda dan berketerampilan menarik. Wanita yang mempunyai kehidupan seks yang baik dan bahagia akan lebih cenderung untuk menghiasi diri. Jadi pe kata start hari ni , kita pakat-pakat minta suami peluk sekejap. Tak pun kita je la pi terkam peluk suami tapi kena tengok timing la jugak kan, kalau tak nanti ada dikatanya kita ni buang tebiat pulak. Paling tidak pun lepas kita salam dan suami kiss sebelum keluar rumah pi kerje tu, minta dipeluk sekejap, InsyaAlaah lama-lama bila diamalkan ada perubahan sikit dalam hubungan rumah tangga. Bagi isteri, pelukan merupakan bentuk komitmen cinta dan kesetiaan pasangannya.

Sunday 8 September 2013

Berpantang di pahang selama 2 bulan

kisah berpantang ni mmg ader pahit dan manisnya..biasalah kan..lps keluar hospital. suamiku menghantarku pulang ke kg..pahang..jauh tu..5 jam gak lah..nasib baik anak2 x wal hal..alhamdulilah qameela ngan icad ok jer..lega gak lah..yer lah perjalanan jauh tu..abg pun bw kereta dgn berhati2..takut aku sakit..suamiku akak pulang ke port klng semula untuk bekerja.. nasib baik qameela x kena kuning..ok jer time pantang..tp mula2 cm nangis gak tiap2 mlm..mungkin kipas angin yg terlalu laju..buat qameela x selesa..perutnya kembung setiap mlm.. Icad sepanjang balik pahang..tv mmg milik dia..setiap hari cerita katun. semua org bising n gaduh2 ngan dia..icad lau menangis 1 umah dgr.. biasalah anak ibu..kemana lagi tumpahnya kuah lau x ke nasi.. mama mmg jaga lau tima berpantang..sumer x blh..huhuu.. rezeki mama dpt menunaikn umrah ketika aku berpantang.. walaupun dlm pantang tp aku tetap menghantarnya ke lapangan terbang. Alhamdulillah mama selamat pergi dan kembali.. Harap2 mama dapat menunaikan fardu haji pula selepas ini.. Sepanjang Tokta x de..qameela alhamdulillah ok..n sumer berada dlm keadaan yg terkawal.. Rindu kt tokta..sumer cucu2 duk sebut tokta n membilang hari..nak plak ashraf n hakim..cucu2 kesayangan.. tok ta x syg dorang pun..hehehe uweek.. Tahun ni ramadhan bersama keluarga..memori yg amat seronok dan x dpt dilupakan..

Assalamualaikum..

Assalamualaikum semua.. lama x update blog..smbg semula cerita pasal bersalin ritu..6/6/2013..dh start sakit..ptg msk hospital htar. dlm kul 4 lbh ..check bukaan baru 2cm..msk wad..nk dptkan katil lmbt skitlah..nasib baik x sakit sgt..still leh thn lg. cian icad kena tggl ngan ayah..nenek ngn atuk dtg..bermalam di hospital..tido x lena sgt..kjp2 misi dtg..kjp2 doktor dtg..puashati gak ngan layanan gov hosp..tp mkanan still x ok lg..hrp di improvekan..heheh 7/6/2013..rasa skt skit2..check bukaan baru 3cm..waktu melawat icad dtg ngan ayah n nenek..kus smngat x duk diam.. dia nk suh ibu pakai selipar..jom blk umah..ibu lum bersalin syg..lau baby dh kuar blhlah..hehehe..pkl 6 ptg.sakit yg kerap makin dtg..x tertahan dah..terus g meja doktor..check jln dh 5cm..berjalan ke wad utk pecah air ketuban..dh 8cm..x thn sgt..rasa nk teran jer..jururawat yg terbaik..mmg oklah..alhamdulillah..tp terbawa hp msk labour room..heheheh..jururawat smpnkan..nsb baik..lau hilang x taulah..huhuhu..tepat kul 6.lebih cmtu..kuarlah baby girl ku..gelap sgt kulitnyer..hehehe.nama yg diberi NUR IRSYIDA QAMEELA BINTI MOHAMED IZAD EMIR..ptg tu husband keja ptg..keluar labour room..terpaksa menunggu sbb nurse tkr shift..x de org nk tolak msk wad..si kecik ku yg comel..diam jer.nurse tanya ada sapa2 tunggu Masurida???..aku pun jwb x de org..memandangkan keluargaku yg jauh di phg..tentu x de siapa yg tunggu..tiba2 ku lihat suamiku yg memanjatkan syukur..gembira mmg jelas terpancar di wajahnya..yelah sblm ni..bersalin icad dia mmg x de..nnt smbg lg..ader keja ni..bye