Tuesday 31 May 2011

DOA

Doa memainkan peranan penting dalam pembentukan sebuah keluarga bahagia dan baiti jannati. Sebagai ibu bapa kita perlu sentiasa mendoakan kesejahteraan anak. 

Semua kata-kata, keyakinan, doa, harapan dan impian ibu bapa adalah sebenarnya doa dan akan terkesan ke dalam jiwa anak. Doa mestilah disusuli dengan tindakan yang hikmah dalam cara kita membentuk peribadi anak. 

Di sini, saya ingin berkongsi doa yang biasa amalkan dalam menangani kerenah anak sendiri dan anak jagaan di taska dan tadika. Ia adalah kumpulan doa yang banyak saya petik hasil daripada pembacaan selama ini, terutama daripada Nasiyah Abdul Razak, pengasas Rumah Qiraati Nurhidayah, Taman Melawati Selangor. 

Untuk membantu anak mudah belajar dan menelaah pelajaran, baca zikir Ya-Latif sebanyak 129 kali diikuti ayat 19, surah as-Syura bermaksud: 揂llah Maha Lembut kepada hamba-Nya; Dia memberi rezeki kepada sesiapa yang Dia kehendaki, dan Dialah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.� 

Sebaiknya dibaca selepas Subuh iaitu dibaca pada pada air pada semua botol air untuk minuman dan masakan seisi keluarga.

Ketika memasak, sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa ayat 200, surah Ali Imran bermaksud: 揥ahai orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaran kamu, dan bersedialah serta bertakwalah kepada Allah supaya kamu berjaya.�

Diikuti pula dengan memperbanyakkan zikir 慪a Hayyu, Ya Quyyum, Ya Latiff dan Ya Rahman� berulang-ulang. Semua ini insya-Allah adalah doa pelembut hati.

Begitu juga, Surah Toha ayat 1-8, surah ar-Rahman ayat 1-4 dan surah al-Insyirah dibaca dalam kegiatan lain seperti ketika menemani anak menelaah buku dan membaca al-Quran.

Bagi ibu yang bercita-cita mendapat zuriat yang baik, elok amalkan ayat 38, Surah Ali-Imran iaitu doa Nabi Zakaria bermaksud: 揔etika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhan-Nya, katanya: Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan.� 

Kita juga digalakkan menyentuh dengan lembut ubun-ubun anak dengan tangan kanan sambil berdoa dan menyatakan harapan. Petua membaca doa dan harapan ketika anak baru lelap kerap saya amalkan apabila anak ada masalah emosi atau tingkah laku.

Selepas solat lima waktu, saya mengamalkan doa daripada ayat 74, Surah al-Furqan bermaksud: 揇an juga mereka yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh daripada isteri-isteri dan zuriat keturunan kami perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang yang (mahu) bertakwa.�

Ayat 40, Surah Ibrahim bermaksud: 揥ahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang, dan zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doaku.�

Jadikanlah doa cara berkesan membentuk peribadi anak-anak. Doa itu senjata mukmin.



Amalkan membaca surah Thoha ayat 1-5 dan Al Hasyri ayat 21 kepada anak sebelum/ketika dia tidur dan usap pada ubun-ubun anak.


Ayat2 Al Quran yang boleh diamalkan

anak2 bergaduh
-  Surah Al Baqarah - Ayat 102 
 
Anak2 pandai belajar
-  Surah Al Anbiyaa'- Ayat 79 

Anak2 lembut hati/ elak panas baran
-  Surah Al Anbiyaa - Ayat 69,   Surah Al Hasyr - Ayat 22-24 

Anak2 malas sekolah
- Surah Toha ayat 1-5   

Bg anak2 yg suka keluar malam
-  Surah Ar Ruum Ayat 31. Baca 33x



Ibu bgn tiap pagi trus mengadap kiblat, baca
1. surah al-Ikhlas-3x
2. selawat ke atas Nabi- 11x
3. bygkan muka anak
4. doakan utk anak itu

kalo 10 anak 10 kali kene buat.. InsyaAllah dgn izinNya, kwn saya dh buat..
die kate sblm ni kalo g mall mesti anaknya menjerit2 nk mainan, lepas buat amalan tu, kalo g mall dh x jerit2 nak mainan, ikut je ckp maknya x perlu beli sbb kt rumah dh byk...



 ustaz suruh bacakan surah Alam Nasrah, hembus di pernafasan/hidung anak semasa tidur.. sebaik2 semasa dia sedang sedut udara masuk ke paru2 (time tido).. surah ni utk lembutkan hati, bukakan hatinya & mendengar kata.





No comments:

Post a Comment