Sunday, 31 July 2011

Puasa

Written by nucz   
Saturday, 29 August 2009 21:48
Apakah hukumnya bagi orang yang kelaparan di siang hari ramadhan sehingga boleh menyebabkan kematian atau sakit kuat sekiranya dia meneruskan puasa?
Dibolehkan ke atasnya berbuka ketika itu (ketika sangat lapar atau dahaga yang boleh menyebabkan kematian atau penyakit yang merbahaya) dan wajib menggantikan hari tersebut pada hari yang lain. Ini kerana Islam tidak menuntut melakukan sesuatu ibadat yang tidak mampu dilakukan oleh seorang muslim. Firman Allah s.w.t di dalam surah al-Baqarah (195): "dan janganlah kamu mencampakkan dirimu ke dalam kehancuran".
?
Apakah hukum puasa orang yang bermusafir?
Orang yang bermusafir boleh berbuka puasa ketika safarnya dengan dua syarat:
1) Permusafirannya itu melebihi jarak safar qasar (iaitu dua marhalah atau 80 km)
2) Meninggalkan I'mran al-Balad (atau kawasan kampong halamannya atau Bandar yang dihuni) sebelum waktu fajar.
Sekiranya dua syarat ini terpenuhi, maka seseorang itu boleh berbuka ketika safarnya di bulan Ramadhan sebagai saturukhsah (keringanan) yang diberikan oleh syarak.
Akan tetapi, adalah puasanya ketika itu lebih afdhal atau berbuka lebih afdhal? Terdapat dua keadaan yang berbeza bagi menjawab persoalan ini:
1-Sekiranya puasa yang dilakukan memberikan mudharat kepada dirinya ketika permusafiran, maka lebih afdhal baginya berbuka puasa. Ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Jabir Bin Abdullah r.a. bahawa ketika Rasulullah s.a.w di permusafiran, beliau melihat manusia berkerumun dan seorang pemuda diteduhi (kerana kepanasan dan penat). Rasulullah s.a.w pun bertanya: mengapa pemuda ini? Mereka menjawab: Dia sedang berpuasa. Maka Rasulullah s.a.w bersabda: Bukanlah dari ketaatan berpuasa di permusafiran". [hadis riwayat Imam Bukhari]
2- Akan tetapi sekiranya puasanya ketika permusafiran tidak memberikan kemudharatan pada dirinya, maka lebih afdhal dia berpuasa. Ini berdasarkan firman Allah s.w.t di dalam surah al-Baqarah (184): " dan sekiranya kamu berpuasa maka lebih baik untuk diri kamu sekiranya kamu mengetahui".
Apakah yang perlu dilakukan oleh seorang perempuan yang menyusukan anak atau mengandung ketika bulan Ramadhan?
Sekiranya perempuan tersebut takut puasanya itu akan memberi kemudharatan ke atas dirinya, maka dia boleh berbuka dengan syarat melakukan perkara berikut:
1-menggantikan puasa yang ditinggalkan tersebut pada hari yang lain.
Akan tetapi sekiranya perempuan tersebut takut puasanya itu akan memberi kemudharatan kepada anaknya (yang disusukan atau yang dikandung), maka dibolehkan baginya berbuka dengan syarat melakukan perkara berikut:
1- Menggantikan puasa bagi setiap hari yang ditinggalkan.
2- Dia hendaklah memberi sedekah secupak makanan (bayar fidyah sekitar 600 gram) kepada faqir miskin.
?
Bagaimanakan menentukan permulaan ramadhan?
Penentuan ramadhan adalah dengan melihat anak bulan (Rukyah al-Hilal). Sekiranya langit menjadi mendung (atau terhalang pandangan dari melihat anak bulan) maka permulaan ramadhan ditentukan dengan cara yang kedua iaitu dengan melengkapkan bilangan bulan Sya'ban menjadi 30 hari.
Ini berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "Berpuasalah dengan melihatnya (anak bulan ramadhan) dan berbukalah dengan melihatnya (anak bulan syawal). Sekiranya terlindung daripada kamu (melihat anak bulan) maka genapkanlah bilangan Sya'ban 30 hari". [Hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim]
?
Apakah hukum perbezaan terbit anak bulan di negera-negara Islam?
Sekiranya anak bulan dilihat di sebuah kawasan atau negeri maka hukum permulaan Ramadhan menjadi umum meliputi negeri-negeri yang berdekatan dengannya (yang berada pada mattholi' yang sama) walaupun anak bulan tidak kelihatan di negeri-negeri yang berdekatan tadi. Maka negeri-negeri yang berdekatan seperti ini boleh memulakan puasa apabila anak bulan kelihatan di salah satu dari negeri tersebut.
Akan tetapi sekiranya sesebuah negeri itu berjauhan dengan negeri yang lain (berbeza matholi' - iaitu tempat terbit matahari), maka negeri yang melihat anak bulan akan berpuasa, dan negeri yang tidak melihat anak bulan tidak boleh mengikut negeri yang melihat anak bulan tadi.
Ada sebahagian ulama mensyaratkan bahawa sekiranya kedua buah negeri yang berjauhan kedudukannya mencapai jaraksafar qasar (iaitu dua marhalah atau 80 kilometer) maka kedua negeri itu tidak boleh mengikut antara satu sama lain dalam menentukan permulaan anak bulan, sebaliknya kedua negeri yang dihukumkan berjauhan ini hendaklah membuat kiraan sendiri. Sekiranya jarak antara dua negeri itu kurang dari jarak safar qasar, maka mereka boleh saling mengikuti antara satu sama lain dalam melihat anak bulan. Akan tetapi pandangan yang mensyaratkan jarak safar qasar ini adalah pandangan yang lemah sepertimana yang disebut oleh Imam Nawawi.
?
Siapakah yang diterima syahadahnya di dalam menentukan penglihatan anak bulan ramadhan?
Penentuan permulaan awal Ramadhan diterima dari syahadah (penyaksian) seorang lelaki yang adil (tidak fasiq), merdeka dan seorang yang mukallaf (iaitu mencapai usia baligh). Apabila? di dalam sebuah negeri hanya ada seorang lelaki sahaja yang melihat anak bulan dan lelaki tadi mencukupi syarat yang disebutkan di atas, maka penyaksiannya diterima dalam menentukan permulaan Ramadhan.
Ini berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas di mana seorang pemuda telah datang kepada Rasulullah s.a.w dan beliau berkata: "aku telah melihat anak bulan, iaitu Ramadhan", Rasulullah s.a.w bertanya: "adakah kamu bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah", beliau menjawab: "ya", Rasulullah s.a.w bertanya lagi: "adakah kamu bersaksi bahawa Muhammad itu pesuruh Allah", beliau berkata: "ya", maka Rasulullah s.a.w pun bersabda: "wahai Bilal, umumkan kepada manusia agar berpuasa esok hari". Di dalam hadis ini menunjukkan bahawa Rasulullah s.a.w menerima syahadah (penyaksian) permulaan Ramadhan dari seorang lelaki sahaja.
Akan tetapi hukum ini berbeza dengan penentuan permulaan awal bulan-bulan yang lain dimana disyaratkan penyaksian dua orang saksi (lelaki, adil, merdeka dan mukallaf). Sekiranya? di dalam sebuah negeri hanya ada seorang sahaja saksi yang melihat anak bulan Syawal maka penyaksiannya tidak diterima, dan pada ketika itu permulaan syawal ditentukan dengan melengkapkan bilangan Ramadhan 30 hari. Ini berdasarkan sebuah hadis (athar) daripada Saidina Umar bahawa beliau berkata: "Janganlah kamu berbuka (berhenti berpuasa) sehinggalah datang dua orang saksi menyaksikan bahawa mereka melihat anak bulan pada malam hari semalam".
Perbezaan hukum ini juga diasaskan kepada prinsip ihtiyat (berhati-hati) ketika memulakan ibadat dan ihtiyat ketika keluar dari ibadat.
?
Bagaimana menentukan awal Ramadhan bagi seseorang yang ditawan atau berada di kawasan yang tidak dihuni dan seumpamanya?
Sekiranya seseorang itu ditawan atau berada di kawasan yang tidak dihuni manusia, maka wajib ke atasnya berijtihad dalam menentukan bulan Ramadhan dan wajib baginya berpuasa mengikut ijtihad yang dilakukannya.
Apabila beliau dibebaskan atau berhijrah ke kawasan yang dihuni dan mendapati bahawa puasa yang dilakukannya itu bertepatan dengan ramadhan atau dilakukan selepas berlalu Ramadhan, maka puasanya itu dikira sah.
Akan tetapi sebaliknya sekiranya dia mendapati puasanya tersebut dilakukan sebelum memasuki bulan Ramadhan, puasanya menjadi tidak sah dan wajib ke atasnya menggantikan puasa tersebut.
?
Apakah syarat sah puasa?
Syarat sah puasa adalah:
1)Niat. Ini berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w: " Sesungguhnya setiap perbuatan itu mestilah (didahulukan) dengan niat".
2) Menahan diri dan makan dan minum? serta perkara yang membatalkan puasa dari fajar sehingga maghrib
Firman Allah s.w.t di dalam surah al-Baqarah (187): "makanlah dan minumlah sehingga menjadi jelas kepada kamu benang putih (cahaya siang) dari benang hitam (kegelapan malam) dari fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa sehingga malam. Dan janganlah kamu menyetubuhi isterimu sedang kamu beri'tikaf di dalam masjid".
?
?
Bagaimanakah melaksanakan niat puasa?
Niat puasa Ramadhan mestilah dilakukan setiap malam hari Ramadhan (bermula dari terbenam matahari sehinggalah fajar). Ini berdasarkan sabda Rasulullah s.w.t di dalam sebuah hadis: "Barang siapa yang tidak memasang niat puasa sebelum fajar, maka tidak dikira puasanya".
Diwajibkan juga bagi seseorang itu menetapkan jenis puasa yang ingin dilakukan. Sekiranya seseorang itu ingin melakukan puasa Ramadhan, maka dia hendaklah menetapkan niat 'puasa Ramadhan' di dalam hatinya bagi membezakan puasa tersebut dari puasa-puasa yang lain. Contoh niat adalah seperti berikut: "sesungguhnya aku berniat untuk melakukan puasa pada esok hari, bagi melaksanakan ibadat puasa Ramadhan tahun ini kerana Allah s.w.t".
Diwajibkan juga bagi seseorang yang ingin memulakan puasa hari pertama Ramadhan, mengetahui masuknya bulan Ramadhan dengan yakin (sama ada mendengar berita dari orang yang melihat anak bulan atau dia melihatnya sendiri).
Oleh itu sekiranya seseorang itu tidak mengetahui adakah esok bermula Ramadhan atau tidak, kemudian dia berniat puasa Ramadhan esok hari, maka tidak sah niatnya. Ini kerana niatnya tersebut tidak didahului dengan keyakinan bermulanya Ramadhan pada esok hari. Begitu juga sekiranya beliau berniat: "sekiranya esok Ramadhan, maka aku akan berpuasa dan sekiranya tidak, aku tidak akan berpuasa", maka tidak sah niatnya.
Akan tetapi sekiranya seseorang itu berada pada malam ke 30 Ramadhan dan dia tidak mengetahui adakah esok bermula Syawal atau tidak, lalu dia berniat: "sekiranya esok Ramadhan (hari ke 30) maka aku akan berpuasa dan sekiranya esok bermula Syawal maka aku akan berbuka", maka niat puasanya dikira sah sekiranya selepas terbit fajar dia mengetahui bahawa hari tersebut adalah hari ke 30 bulan Ramadhan. [Tanwir masalik: 1/513]
?
Apakah perkara yang membatalkan puasa?
Dhobit perkara yang membatalkan puasa ialah:
1) Memasukkan sesuatu benda ke dalam rongga yang terbuka (hidung, mulut, telinga) sehingga ke dalam badan.
2) Atau bersetubuh
3) Atau mengeluarkan air mani secara sengaja
Puasa seseorang itu menjadi batal sekiranya melakukan salah satu dari perkara di atas dalam keadaan dia mengetahui tentang haramnya perkara tersebut dan dia tidak lupa bahawa dia sedang berpuasa. Sekiranya dia melakukan salah satu dari 3 perkara di atas dalam keadaan dia tidak mengetahui bahawa ianya membatalkan puasa, atau dia lupa bahawa dia sedang berpuasa, maka puasanya tidak batal.
Oleh yang demikian, batal puasa seseorang sekiranya melakukan semua perkara dibawah secara sengaja dan mengetahui haramnya perkara tersebut:
1- Makan dan minum
2- Memasukkan ubat ke dalam rongga hidung,
3- Memasukkan sesuatu ke dua lubang dubur dan qubul (kemaluan depan dan belakang) melebihi bahagian yang kelihatan ketika duduk mencangkung.
4- Memasukkan air ke dalam telinga sehingga masuk ke dalam bahagian dalam kepala.
5-Sengaja memuntahkan dirinya. Sekiranya dia muntah secara terpaksa, maka tidak batal.
6- Bersetubuh atau mengeluarkan air mani secara sengaja dengan mubasyarah isteri sebagai contoh. Sekira air maninya keluar kerana bermimpi, atau berfikir atau melihat sesuatu sehingga keluar air maninya, maka tidak batal puasanya.
7-Berlebih-lebihan ketika berkumur sehingga masuk air ke dalam rongga dalam mulut. Sekiranya air tersebut masuk ke dalam 'rongga dalam' mulut dalam keadaan dia tidak berlebih-lebihan ketika berkumur, maka tidak batal puasanya.
8-Berlebih-lebihan ketika istinsyak (memasukkan air ke hidung) sehingga masuk ke rongga dalam hidung. Sekiranya air tersebut masuk ke dalam 'rongga dalam' hidung mulut dalam keadaan dia tidak berlebih-lebihan ketika istinsyak, maka tidak batal puasanya.
9-Menelan air liur yang telah keluar dari mulut (seperti seseorang yang sedang memintal benang dengan membasahkan benang tersebut dengan memasukkannya ke dalam mulut, lalu ditarik benang itu keluar dan kemudian dimasukkan balik benang tersebut ke dalam mulut sekali lagi. Kemudiannya ditelan air liur yang ada pada benang tersebut, maka batal puasanya. Ini kerana air liur yang ditelannya itu telah terkeluar dari mulut tatkala dia menarik benang keluar dari mulutnya).
10-Menelan air liur yang telah terkena najis (apabila mulut seseorang itu berdarah, kemudian dia meludah keluar darah tersebut sehingga hilang kesan darah tadi tanpa mencuci mulutnya, kemudian dia menelan bagi air liurnya, maka batal puasanya. Ini kerana mulutnya tersebut masih bernajis walaupun sudah tiada kesan darah, kerana dia tidak mencuci mulutnya dengan air. Ketika dia menelan air liur yang berbaki di dalam mulut selepas itu, dia telah menelan air liur yang bercampur dengan najis).
11-Menelan kahak (yang keluar dari dada atau kepala) yang memasuki rongga mulut, dalam keadaan dia mampu untuk membuangnya keluar.
12-Gila seketika di waktu siang hari
13-?? Pengsan sepanjang hari
Apabila puasa seseorang itu batal kerana melakukan perkara di atas dan seumpamanya (selain dari bersetubuh), maka wajib ke atasnya dua perkara:
1) Menggantikan puasa tersebut pada hari yang lain.
2)Terus menahan diri dari perkara yang membatalkan puasa sehingga maghrib (dia tidak boleh makan atau minum walaupun selepas puasanya batal).
Sekiranya seseorang itu bersetubuh pada siang hari di bulan Ramadhan dalam keadaan dia berpuasa serta mengetahui haramnya perkara tersebut dan tidak lupa puasa yang dilakukan, maka wajib ke atasnya perkara berikut:
1)Menggantikan puasa tersebut pada hari yang lain
2)Terus menahan diri dari perkara yang membatalkan puasa sehingga maghrib (dia tidak boleh makan atau minum walaupun selepas puasanya batal).
3) Menunaikan kafarah jimak iaitu salah satu dari perkara di bawah secara tertib (untuk suami sahaja):
a. Membebaskan hamba muslim yang tidak mempunyai kecacatan yang menghalang dari bekerja. Sekiranya tidak dijumpai (sepertimana yang berlaku pada hari ini), maka wajib ke atasnya:
b. Berpuasa 2 bulan berturut-turut. Sekiranya terputus puasa 2 bulan tersebut walaupn dengan satu hari (tidak berpuasa padanya), maka hendaklah dia memulakan semula puasa 2 bulan tersebut sekali lagi dari awal. Sekiranya dia tidak mampu melakukan perkara tersebut, maka dia hendaklah:
c. Memberi makan 60 orang miskin. Sekiranya dia tidak mampu juga, maka tuntutan salah satu dari 3 perkara di atas kekal di atas zimmahnya dan tidak gugur sehinggalah dia melaksanakan salah satu dari perkara di atas mengikut tertib.
Hukum ini diambil berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahawa beliau berkata: "tatkala kami sedang duduk bersama Rasulullah s.a.w, datang seorang pemuda berkata: " wahai Rasulullah, aku telah binasa". Rasulullah bertanya: "apa yang telah berlaku?", pemuda itu menjawab: "aku telah bersetubuh dengan isteriku dalam keadaan aku berpuasa (di bulan Ramadhan), Rasulullah bertanya: "adakah kamu mampu untuk membebaskan hamba?", beliau berkata: "tidak", Rasulullah bertanya lagi: "adakah kamu mampu untuk berpuasa 2 bulan berturut-turut?", beliau berkata: "tidak", Rasulullah bertanya lagi: "adakah kamu mampu memberi makan 60 orang miskin?", beliau menjawab: "tidak". Rasullah s.a.w berdiam seketika. Selepas itu Rasulullah datang membawa sebuah mangkuk yang berisi tamar (kurma) lalu baginda berkata: "dimanakah pemuda yang bertanya tadi?", pemuda tadi menjawab: "saya", maka Rasulullah berkata: "ambil makanan ini dan sedekahkan ia (kepada faqir miskin)". Pemuda tadi berkata: "adakah (aku bersedekah) kepada orang yang lebih faqir dariku wahai Rasulullah? Demi Allah tidak (di dalam madinah ini) keluarga yang lebih miskin dari keluargaku. Lalu Rasulullah s.a.w tertawa sehingga kelihatan gigi hadapan (taring) kemudian baginda bersaba: "berilah makan (makanan ini kepada) keluargamu". [ hadis diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim].
Kafarah jimak ini tidak wajib kepada orang yang bersetubuh ketika berpuasa selain dari bulan Ramadhan, atau berpuasa qadha Ramadhan.
Sekiranya seseorang itu melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasanya dalam keadaan dia:
1)Lupa bahawa dia sedang berpuasa
2)Tidak tahu bahawa perkara tersebut membatalkan puasa
3) Dipaksa oleh seseorang untuk melakukannya
Maka tidak batal puasanya.
Begitu juga, tidak batal puasa orang yang melakukan perkara dibawah:
1)Menelan air liur yang bercampur dengan baki makanan di celah gigi dalam keadaan dia tidak dapat meludahnya keluar dan selepas dia berusaha mengeluarkan baki makanan tersebut dengan memberus gigi atau bersiwak.
2) Mengumpul air liur di dalam mulut sebelum menelannya, dengan syarat air liur itu tidak bercampur dengan sesuatu.
3)Tidur sepanjang hari (fajar hingga maghrib)
4)Pengsan di kebanyakan waktu puasa, seperti seorang yang pengsan dari awal fajar dan sedar sebelum masuk waktu magrib, maka tidak batal puasanya.
Sekiranya seseorang itu makan dengan menyangka belum terbit fajar, kemudian selepas terbit fajar (secara hakiki) dia mengetahui bahawa ketika dia makan tadi fajar telah terbit, maka batal puasanya dan wajib baginya menggantikan puasa tersebut.
Sekiranya seseorang itu makan dengan menyangka belum terbit fajar, kemudian sebelum terbit fajar (secara hakiki) dia tidak mengetahui adakah ketika dia makan tadi fajar telah terbit, maka tidak batal puasanya.
Sekiranya seseorang itu makan dalam keadaan dia mengangka bahawa telah masuk waktu maghrib, kemudian selepasmaghrib telah bermula (secara yakin) dia mendapati maghrib tidak masuk lagi ketika dia makan tadi, maka batal puasanya dan wajib baginya menggantikan puasa tersebut.
Sekiranya seseorang itu makan dalam keadaan dia mengangka bahawa telah masuk waktu maghrib, kemudian? sebelummaghrib benar-benar bermula (secara yakin) dia mendapati bahawa ketika dia makan tadi waktu maghrib belum bermula, wajib baginya imsak dan puasanya tidak batal.
?

ramadhan

Persoalan Semasa Berkaitan Ibadah
Di Bulan Ramadhan dan Garis Panduan Mengenainya.
Datuk Wira Hj. Rashid Redza bin Hj. Md. Saleh
Mufti Negeri Melaka
Muqaddimah
Islam merupakan ad-din yang syumul dan serasi dengan fitrah
kejadian manusia. Kesyumulan dan keserasian ini dapat dilihat pada
peraturan dan garis panduan yang ditunjukkan oleh Al-Qur’an dan AsSunnah yang meliputi selutuh aspek kehidupan manusia sama ada
tuntutan rohani, jasmani mahupun akli. Dalam melengkapi peredaran
bulan mengelilingi bumi sebanyak  12 kali dalam tempoh satu tahun,
Ramadhan telah ditentukan oleh Allah Ta’ala sebagai bulan suci untuk
melatih hambaNya membersihkan jiwa dan mencapai ketakwaan
melalui ibadah puasa. Oleh kerana tetamu yang mulia ini mengunjungi
kita setahun sekali maka sudah pasti ada perkara-perkara yang kita
terlupa mengenainya dan perlu mengulangkaji dan  memperbaharui
ingatan tersebut serta berusaha mendapatkan pedoman yang
sewajarnya melalui majlis-majlis  ilmu seumpama ini supaya dengan
itu kita dapat menjalani ibadah  tersebut dengan lebih sempurna
berbanding tahun-tahun yang lalu, insyaAllah. Justeru itu kertas ini
akan membincangkan tentang beberapa kemusykilan berkaitan ibadah
yang sering timbul di kalangan  umat Islam setiap kali menjelang
Ramadhan dan Syawal. Pembentangan akan terus menjurus kepada
isu yang dipilih. Mudah-mudahan  pembentangan ini akan dapat
memberi sedikit pedoman yang sewajarnya untuk dikongsi bersama.
1Kemusykilan Sekitar Ibadah Puasa
1)  Tidak sah puasa apabila sesorang lupa berniat puasa di malam
hari hingga terbit fajar kerana ia adalah syarat sah puasa.
Namun begitu dia masih diwajibkan imsak di siang hari dan
wajib qadha.
2)  Menurut Mazhab Syafie, niat  puasa Ramadhan perlu dilakukan
tiap-tiap hari sebagai syarat  sah puasa. Namun begitu untuk
lebih berhati-hati dan jika khuatir terlupa, maka digalakkan
berniat puasa Ramadhan pada malam pertama Ramadhan
dengan berniat puasa seluruh  Ramadhan dengan mengikut
pendapat Imam Malik.
3)  Sah puasa jika makan dan  minum (bersahur) selepas waktu
imsak sehingga pasti terbit fajar (masuk waktu subuh) kerana
permulaan puasa ialah bermula dengan terbit fajar sadiq. Namun
begitu berhenti makan dan minum sebelum waktu imsak adalah
afdhal kerana mengikut sunnah dan sebagai langkah berhati-hati
dan bersedia mempersiapkan diri untuk memulakan ibadah
puasa. Yang dimaksud dengan waktu Imsak adalah waktu untuk
menahan diri dari melakukan perkara-pekara yang membatalkan
puasa, maka sebaiknya kita berhenti makan ketika waktu Imsak
telah masuk. Rasulullah SAW dalam satu riwayat yang sahih
menyebutkan, baginda setelah  sahur sempat membaca 50 ayat
Quran kemudian baru masuk waktu azan Subuh. Ini
membuktikan bahawa tidak makan sahur hingga sampai saat
azan subuh berkumandang. Wallahu A'lam.
24)  Sah puasa seseorang yang bersahur meluahkan makanan yang
ada dalam mulutnya ketika terbit fajar (azan Subuh). Batal jika
ditelan dengan sengaja.
5)  Sah puasa seseorang yang berada dalam keadaan berhadath
besar dan belum mandi ketika masuk waktu subuh. Makruh jika
melewatkan mandi hadath besar hingga selepas terbit fajar.
6)  Batal puasa jika menelan dengan sengaja sesuatu walau sebesar
biji sawi atau sisa makanan di gigi.
7)  Orang yang berpuasa tetapi melakukan perkara-perkara
mungkar dan maksiat dengan sengaja seperti meninggalkan
sembahyang, mendedahkan aurat, mengumpat, berbohong,
menonton acara hiburan yang  melalaikan, melihat, membaca
atau berbicara tentang perkara yang menimbulkan syahwat
secara langsung atau tidak seperti melalui telefon, sms, internet,
televisyen dan sebagainya adalah sah tetapi dikhuatiri tidak
diterima oleh Allah kerana mengurangkan atau menghilangkan
pahala puasa. Puasa yang berfaedah dan diterima adalah puasa
yang dapat mendidik jiwa dan mampu menggerakkan diri untuk
mengerjakan kebaikan serta dapat membuahkan ketakwaan
sebagaimana firman Allah yang bermaksud :
“Wahai orang-orang yang beriman!  Kamu diwajibkan berpuasa
sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu,
supaya kamu bertakwa.” (Al-Baqarah : 183)
38)  Isu waktu berbuka puasa :
Hukum syara’ menetapkan bahawa waktu berbuka puasa adalah
apabila terbenamnya keseluruhan bulatan matahari di ufuk barat
(masuk waktu maghrib) tidak kira di mana seseorang itu berada.
Penentuan terbenamnya matahari boleh diketahui melalui
pandangan mata kasar atau kaedah perkiraan falak berdasarkan
ukuran jam yang membentuk Kalender Waktu Berbuka
Puasa/Imsak yang dipaparkan di akhbar, televisyen, laman web
atau alat telekomunikasi. Pengumuman waktu berbuka lazimnya
diketahui melalui laungan azan sama ada di masjid/surau atau di
corong radio dan televisyen. Sumber maklumat yang pelbagai ini
kadangkala menimbulkan kekeliruan kepada orang ramai apabila
berlaku perbezaan pengumuman waktu berbuka puasa.  Orang
yang berbuka puasa berdasarkan khabar yang diterimanya dari
orang yang tidak adil bahwa waktu maghrib sudah masuk, tetapi
sebetulnya waktu maghrib belum masuk, sedangkan ia mampu
meneliti kebenaran khabar tersebut maka puasanya batal dan
wajib ke atasnya qadha’.
Bagi mengelak daripada berlaku perkara ini dan mengatasi
kekeliruan maka panduan berikut harus diikuti:
a) Jawatankuasa masjid hendaklah memastikan jam yang
digunapakai sebagai rujukan  di masjid/surau hendaklah
tepat perkiraannya dengan membuat semakan dari masa
ke semasa kepada pihak berkaitan. Sebaik-baiknya ada
lebih dari sebuah jam dalam  masjid/surau supaya boleh
buat semakan dan mengesan perbezaan jika ada.
4b) Muazzin yang bertugas hendaklah melaungkan azan tepat
pada waktunya atau lewat sedikit dan jangan terawal.
c) Penduduk  setempat  hendaklah menyedari bahawa waktu
berbuka puasa rasmi adalah berpandukan Jadual Waktu
Berbuka Puasa dan Imsak yang dikeluarkan oleh Jabatan
Mufti Melaka. Penetapan  waktu tersebut adalah
berdasarkan perkiraan falak yang diperakukan dengan
merujuk kepada titik rujukan paling barat iaitu Kg.
Nelayan, Kuala Sungai Baru.
d) Pengumuman waktu berbuka puasa di radio Melaka.fm
juga boleh dijadikan panduan  kerana berpandukan jadual
rasmi yang dibekalkan.
e) Bagi penduduk yang boleh melihat sendiri seluruh bulatan
matahari terbenam di ufuk  terutama yang tinggal di
sebelah pantai barat, bolehlah menjadi ia sebagai panduan
menentukan masuknya waktu berbuka puasa/maghrib.
9)  Seseorang itu bolehlah memulai puasanya apabila dia telah
melihat hilal atau anak bulan Ramadhan tidak kira di negara
mana ia berada ketika itu.  Kemudian seseorang itu boleh
berbuka atau berhari raya ketika melihat hilal atau anak bulan
Syawal walau di mana dia berada. Dalam sebuah hadis ada di
jelaskan maksudnya:  "Berpuasalah kamu kerana telah
melihatnya (hilal Ramadhan) dan berbukalah kamu kerana telah
melihatnya (hilal Syawal)". (Riwayat Bukhari dan Muslim).
5Jika awal puasa di Makkah bermula sehari lebih awal dari negara
kita, maka seseorang yang berada di Makkah pada ketika itu
wajib berpuasa kerana telah  melihat anak bulan Ramadhan.
Setelah beliau kembali ke tanah air maka ikutlah kaedah di sini
iaitu jika diisytiharkan anak  bulan Syawal telah kelihatan
berdasarkan rukyah atau hisab  maka berbukalah (menyambut
hari raya). Tidak perlu dikira jumlah bilangan hari dia berpuasa
sama ada kurang atau lebih dari 29 atau 30 hari lantaran proses
pertukaran tempat, tetapi sebaliknya bersyukurlah atas rahmat
yang Allah berikan itu. Sabda Nabi SAW yang bermaksud:
"Sekiranya ummatku mengetahui apa yang ada pada Ramadhan
itu, sudah pasti  mereka akan sentiasa mengharapkan agar
semua bulan yang lain menjadi Ramadhan" (Maksud Hadis)
10)  Tidak boleh berbuka dan berhari raya bagi orang yang
memulakan puasa Ramadhan di Mekah lebih awal satu hari dari
Malaysia, di mana apabila  beliau balik, puasanya sudah
cukup 30 hari dan penduduk di  Malaysia masih berpuasa lagi.
Dalam hal ini, dia hendaklah  tunggu bersama berbuka dan
berhari raya dengan penduduk  Malaysia. Demikian juga jika
seseorang pergi ke negara di mana telah lebih awal berpuasa
Ramadhan berbanding Malaysia dan mereka berhari raya
sedangkan beliau bepuasa baru  28 hari, maka wajib atasnya
berbuka puasa dan berhari raya mengikut
negara berkenaan.  Bagi mereka yang tidak cukup
puasanya sebanyak 29 hari  maka wajib mengqadha'kannya
kemudian.
611)  Tidak harus memulai puasa  Ramadhan atau mengakhirinya
dengan mengikuti penduduk Mekah kerana kita tidak berada
dalam satu  matla’. Begitu juga tidak harus mengikuti negara
yang berdekatan kecuali berada dalam satu matla’ dan mengikut
keputusan pemerintah.
Berubat Ketika Puasa
1)  Orang yang lelah (asma) ketika puasa dan terpaksa menyedut
ubat gas ventolin inhaler ke dalam mulutnya sekadar perlu untuk
mengelakkan kemudharatan   yang boleh mengancam nyawa
maka dibolehkan sebagai keringanan baginya dan tidak batal
puasanya. Penggunaan dalam keadaan biasa bolek membatalkan
puasa kerana cecair gas itu boleh terasa di kerongkongan.
2)  Tiadak batal puasa orang yang menderma darah ketika berpuasa
tetapi makruh, begitu juga berbekam.
3)  Tidak batal puasa orang yang  terpaksa mendapatkan suntikan
daripada doctor bagi tujuan perubatan kerana darurah.
4)  Batal puasa orang yang menjalani pemindahan darah atau
memasukkan cecair gelukosa dan sebagainya ke dalam badan
melalui suntikan pada urat kerana ‘ain benda itu akan masuk ke
rongga perut dan mengalir ke seluruh tubuh badan serta
menyebabkan rasa kenyang.
5)  Tidak batal puasa orang yang memakai  contact lens (kanta
lekap) pada matanya.
76)  Tidak batal puasa orang yang menitiskan cecair ubat mata pada
mata ketika puasa kecuali jika diyakini cecair yang dititiskan itu
terasa masuk sampai ke kerongkong dan ditelan, maka batal
puasa. Tetapi jika diludahkan maka tidak membatalkan puasa.
Solat Tarawih
1)  Mengerjakan solat tarawih secara berjemaah adalah afdhal
daripada mengerjakannya bersendirian.
2)  Bilangan rakaat solat tarawih beserta witir boleh dilakukan
samada 11, 13 atau 23 rakaat kerana masing-masing ada hujjah
tersendiri yang menyokong. Bahkan sebahagian kaum muslimin
ada yan mengejakan lebih daripada itu menurut yang disanggupi
kerana Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam tidak pernah
menetapkan bilangan yang tertentu. Setiap kali seseorang itu
membanyakkan bilangan rakaatnya kerana melaksanakan
anjuran menghidupkan malam Ramadhan maka semakin banyak
pula pahalanya. Namun begitu,  menurut amalan kelaziman di
negeri ini bagi memelihara keseragaman dan persefahaman
serta mengimarahkan majid  dan surau dengan qiyam
Ramadhan, maka  dianjurkan supaya melaksanakan 23 rakaat
secara bejemaah. Hal ini tidak perlu dipanjangkan
perbahasannya. Apa yang lebih  penting solat tarawih dan witir
dapat dilaksanakan dengan  penuh ketenangan dan khusyu’
mudah-mudahan diterima oleh Allah Ta’ala dan mndapat
ganjaran sebagaimana yang disabdakan oleh Rasulullah
Sallallahu ‘alahi wasallam yang bermaksud :
8“Barangsiapa yang berdiri solat di bulan Ramadhan dengan
penuh keimanan dan mengharapkan pahala, maka ia akan
diampuni dari dosa-dosa yang lalu”. (Maksud Hadis Riwayat
Muslim)
3)  Imam dan bilal yang memimpin solat tarawih hendaklah
memastikan supaya bersederhana dalam solat dan ucapan
salawat antara dua rakaat. Tidak terlalu lambat atau cepat.
Dilakukan dengan khusyu’ dan tawadhu’ mudah-mudahan
menjadi solat yang berkesan kepada jiwa setiap makmum bagi
membentuk peribadi mulia.
4)  Hadith yang menceritakan tentang kelebihan mengerjakan solat
tarawih pada setiap malam yang kadang kala dibacakan sebelum
memulakan solat tersebut atau disebarkan dengan tujuan untuk
menggalakkan orang ramai beramal adalah hadith mawdhu’
(palsu). Oleh itu ia tidak boleh dihebahkan kerana merupakan
suatu pendustaan terhadap Rasulullah Sallallahu ‘alaihi
wasallam.
 
Lailatul Qadar / Malam 7 likur
1)  Lailatul qadar dapat disaksikan oleh orang yang ikehendaki oleh
Allah pada tiap-tiap tahun di dalam bulan Ramadhan.
2)  Digalakkan bagi orang yang mengalami lailatul qadar
menyembunyikan dan hendaklah berdoa dengan penuh
9keikhlasan, baik yang behubungan dengan dunia ataupun
akhirat.
3)  Tidak ada kepastian yang yang jelas mengenai masa berlakunya
lailatul qadar. Namun begitu Jumhur Ulama’ berpendapat ia
berlaku pada malam yang ganjil daripada 10 akhir Ramadhan
berdasarkan kepada petunjuk beberapa hadith sahih anataranya
yang diriwayatkan oleh Bukhari  dari ‘Aisyah bahawa Rasulullah
Sallallahu ‘alaihi wasallam besabda yang bemaksud :
“Carilah dengan segala daya  upaya malam lailatul qadar di
malam-malam ganjil dari sepuluhan yang akhir dari bulan
Ramadhan”.
4)  Para Ulama’ berselisih pendapat tentang sama ada tanda-tanda
lailatul qadar dapat dilihat oleh mereka yang memperolehinya
atau tidak. Namun begitu kebanyakan Ulama’ berpendapat
bahawa pahala ibadat diperolehi oleh orang yang beribadat pada
malam itu seperti bertarawih,  bertadarus, membaca al-Qur’an
dan sebagainya meskipun tidak dapat melihat tanda-tandanya.
5)  Amalan menyambut malam 7 likur dengan memasang pelita di
halaman rumah kerana percaya  bahawa roh-roh orang yang
meninggal dunia akan kembali bukanlah sesuatu yang
dianjurkan oleh syariat dan tiak berasas. Bagaimanapun ia
hanyalah adat setempat yang  diharuskan selagimana tidak
bertujuan sedemikian, dilakukan secara sederhana dan tidak
membawa kepada pembaziran. Yang dituntut melaksanakannya
pada 10 terakhir Ramadhan adalah menghidupkan malamnya
10dengan memperbanyakkan ibadat seperti solat sunat, membaca
al-Qur’an, beriktikaf dan sebagainya.
Tadarus Al-Qur’an
1)  Merupakan suatu sunnah yang digalakkan kerana Rasulullah
Sallallahu ‘alaihi wasallam melakukan mudarasah al-Qur’an
bersama Jibril a.s setiap tahun  sekali dan melaksanakan yang
demikian pada tahun kewafatan baginda sebanyak 2 kali.
2)  Tadarus atau mudarasah al-Qur’an ini boleh dilakukan dengan
sesama sendiri baik sebagai  pengajar atau pelajar dan
diwujudkan halaqah. Bagaimanapun amalan ini hendaklah
dilakukan dengan menjaga adab-adabnya sperti membaca
dengan tenang, hadir hati, menyedari kebesaran kalamullah,
tadabbur, tartil dan sebagainya.
Zakat Fitrah
1)  Kadar zakat fitrah di negeri Melaka ialah RM 4.50 seorang bagi
tahun 1426H.
2)  Boleh dibayar bermula masuknya 1 Ramadhan dan berakhir
apabila terbenam matahari 1 Syawal. Waktu diwajibkan ialah
apabila terbenam matahari masuk 1 Syawal dan waktu yang
afdhal ialah pada pagi 1 Syawal (sebelum solat ‘idul fitri).
Bagaimanpun, untuk mengelakkan daripada terlupa dan supaya
fakir miskin dapat habuan mereka sebelum hari raya maka
digalakkan  agar apat disempurnakan awal.
113)  Kewajipan zakat fitrah tidak gugur jika gagal dikeluarkan pada
waktunya, sebaliknya ia tetap menjadi hutang yang wajib
dibayar walaupun diakhir umur. Haram melambatkan zakat
fitrah dengan sengaja hingga berkahir waktunya.
4)  Wajib bayar fitrah kepada ‘amil sekiranya pihak pemerintah telah
melantik ‘amil.
Tatacara menyambut ‘Idul Fitri
1)  Sunat melaungkan takbir sebaik sahaja diumumkan bahawa
anak bulan Syawal telah sabit dilihat. Sesungguhnya laungan
takbir itu bukanlah semata-mata untuk memeriahkan suasana
hari raya sahaja, tetapi sebagai tanda syukur kita terhadap
anugerah yang dikurniakan oleh Allah.
2)  Pada pagi hari raya pula,  sunat mandi dengan niat kerana
kedatangan Aidilfitri dan bukan mandi semata-mata hanya untuk
membersihkan diri.
3)  Sunat memakai bau-bauan yang harum, membersihkan diri
dengan bergunting rambut dan memotong kuku serta memakai
pakaian yang paling elok, kerana  hari tersebut merupakan hari
untuk berhias-hias dan berelok-elok.
4)  Sunat memakan buah kurma  dengan bilangan yang ganjil
sebelum ke masjid bagi menunaikan sembahyang sunat hari
raya.
125)  Menunaikan sembahyang sunat hari raya secara berjemaah dan
mendengar khutbah raya.
6)  Sunat doa mendoakan dan mengucapkan tahniah di antara satu
sama lain.
7)  ‘Idul fitri adalah suatu ibadat  oleh itu jangan dicemari dengan
aktiviti yang boleh merosakkannya seperti berfoya-foya,
berpeleseran tanpa tujuan,  menonton wayang, berpasangpasangan dengan yang bukan muhrim, bergaul bebas lelaki dan
wanita bukan muhrim dan sebagainya.
Amalan Ziarah Kubur
1)  Amalan berziarah boleh mengingatkan seseorang kepada asal
usul kejadian dan menyedarkan bahawa setiap yang hidup pasti
akan mati bila tiba masanya. Ini boleh menimbulkan sifat zuhud
iaitu tidak rakus dan tamak akan harta dunia kerana harta benda
itu tidak dapat dibawa mati.
2)  Sunatkan berwuduk terlebih dahulu, memakai pakaian yang
sopan dan menutup aurat, bagi lelaki ataupun perempuan.
3)  Sunatkan memberi salam kepada ahli kubur. Perbuatan memberi
salam itu afdalnya dilakukan dalam keadaan kita berdiri di tepi
perkuburan dengan membelakangi kiblat dan menghadap ke
arah muka ahli kubur yang diziarahi.
134)  Sunat membaca Al-Quran seperti Surah Al-Ikhlas sebanyak
sebelas kali atau membaca Surah Yaasiin dan pahala bacaan itu
dihadiahkan kepada ahli kubur.
5)  Sunat berdoa dengan cara berpaling ke arah kiblat serta
mengangkat kedua-dua belah tangan dan mohon ke hadrat Allah
semoga roh ahli kubur dilimpahi  dengan rahmat, keselamatan,
keafiatan dan sebagainya. Setelah itu barulah merenjiskan air ke
kubur berkenaan.
6)  Sunat meletakkan pelepah daun atau bunga yang masih hijau di
atas kubur iaitu sebagai ikutan daripada perbuatan Nabi
Sallallahu ‘alaihi wasallam.
7)  Haram untuk meratap ataupun memekik serta memukul pipi
disebabkan oleh perasaan yang amat berdukacita di atas
pemergian orang yang disayangi. Kita juga dilarang untuk
bercakap perkara-perkara yang tidak berfaedah.
8)  Makruh hukumnya jika kita  duduk di atas kubur yakni
bertepatan dengan kedudukan mayat di dalam kubur. Tetapi
tidaklah dilarang jika duduk di sekitar atau di sekeliling kubur
tersebut.
9)  Haram melakukan perkara-perkara khurafat yang menjejaskan
akidah seperti mencium kubur, mengusap-usap tanah
perkuburan dan yang seumpamanya.
1410)  Diharuskan membawa dan menabur bunga secara sederhana
dan tidak membazir. Harus menjirus kubur dengan air bungabungaan jika dia berupaya dan bermaksud supaya para malaikat
hadir kerana malaikat sangat  suka kepada bau-bauan yang
harum lagi bagus.
11)  Haram menyerupai orang yahudi dan nasrani yang membawa
kalungan atau jambangan bunga dan meletakkannya di sisi
pusara meraka.
PENUTUP
Ramadhan ibarat sebuah madrasah atau sekolah yang ditentukan oleh
Allah untuk mentarbiyah, melatih dan mendidik umat Islam agar dapat
melahirkan insan bertakwa yang patuh tunduk kepada suruhan dan
laranganNya. Bulan yang disediakan di dalamnya pelbagai bekalan
untuk diambil sebanyak mungkin oleh para hambaNya yang beriman
buat bekalan perjalanan di masa hadapan. Bulan unutk menyucikan
diri dari kekotoran dosa dan memperbaharui diri dengan keimanan
yang lebih kental guna menghadapi pelbagai ujian yang mendatang
dalam bulan-bulan seterusnya.  Beruntunglah jika kita dapat
menggunakan kesempatan yang bakal tiba dengan sebaik-baiknya dan
rugilah mereka yang mengabaikannya. Selamat menyambut bulan
Ramadhan al-Mubarak.
Menjelang Ramadhan
RAMADHAN HAMPIR TIBA, APA PERSIAPAN KITA?
Marhaban ya Ramadhan ....... Welcome Ramadhan .......

"Ya Allah berikan kepada kami barakah pada bulan Rejab, Sya'ban dan berikanlah kami kesempatan untuk berjumpa kembali dengan RamadhanMu yang suci...kabulkanlah ya Allah..."

Ungkapan di atas merupakan untaian doa yang dilantunkan oleh para sahabat enam bulan sebelum orang-orang yang di cintai Allah tersebut bertemu dengan bulan Ramadhan. Boleh kita bayangkan betapa berharga dan istimewanya Ramadhan bagi mereka sehingga kedatangannya sangat dinanti-nanti dan dirindukan, hingga Rasulullah menyatakan:

"Sekiranya ummatku mengetahui akan kandungan yang dibawa bulan Ramadhan, maka semuanya akan berharap agar sepanjang tahun berisi hanya bulan Ramadhan".

Bagaimana dengan kita, apakah Ramadhan merupakan satu perkara yang istimewa di hati kita? 

Keistimewaan Bulan Ramadhan 

Ketika bulan sya'ban akan berakhir dan Ramadhan segera menjelang, Rasulullah saw memberikan bekalan ruhani kepada para sahabat mengenai bulan suci Ramadhan.

Rasulullah menganjurkan kepada para shahabat untuk memperbanyak melakukan amal ibadah kerana ibadah pada bulan Ramadhan nilai pahalanya akan dilipat gandakan hingga 700 kali lipat atau lebih, Rasulullah juga menganjurkan sekali untuk memberi  makanan berbuka ( iftar ) kepada orang-orang yang berpuasa kerana bagi orang tersebut akan mendapat pahala dari orang yang diberi juadah berbuka puasa tanpa mengurangi pahala orang tersebut. Para sahabat bertanya : Ya, rasulullah saya tidak mempunyai apa-apa yang berharga untuk diberikan kepada orang yang berpuasa. Rasulullah menjawab : Sediakanlah apapun yang kau punya walaupun hanya sepotong kurma, seteguk air ataupun segelas susu.

Keistimewaan-keistimewaan lain yang dapat kita peroleh pada bulan Ramadhan adalah:

i.    Ramadhan merupakan bulan yang permulaannya penuh rahmat, pertengahannya penuh dengan keampunan dan akhirnya penuh dengan kebebasan dari api neraka.

ii.    Allah akan mengampuni dosa-dosa yang terdahulu bagi orang-orang yang melakukan puasa semata-mata kerana keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah.

iii.   Terbukanya pintu-pintu syurga dan tertutupnya pintu-pintu neraka.

iv.    Ibadah wajib yang dilakukan pada bulan Ramadhan akan dilipatgandakan nilai pahalanya, dan bila melakukan ibadah sunnah pahalanya sama dengan ibadah wajib.

v.     Di dalam bulan Ramadhan tersebut ada satu malam yang dinamakan malam lailatul qadar yang barangsiapa beribadah pada malam tersebut nilai pahalanya lebih dari beribadah selama 1000 bulan.

Sebelum Ramadhan 

Sebelum memasuki bulan Ramadhan ada beberapa persiapan yang perlu dilakukan diantaranya:

i.    Berdoa kepada Allah agar kita dapat bertemu dengan bulan Ramadhan. Juga memohon kepadaNya supaya memberikan kekuatan untuk melaksanakan shaum, qiyamullail dan amal sholeh lainnya didalam bulan tersebut.

ii.    Membersihkan jiwa dan hati, bertaubat dengan sebenar-benarnya dari dosa dan perbuatan maksiat. Jangan sampai mengotori bulan Ramadhan dan puasa dengan berbagai kemaksiatan dan dosa. Tidak seharusnya seseorang yang melakukan puasa Ramadhan berbuka dengan makanan dari hasil riba, wang rasuah dan penghasilan-penghasilan haram lainnya. Tidak patut seseorang yang menjalankan puasa disatu sisi namun disisi lainnya ia meninggalkan sholat lima waktu yang merupakan rukun Islam kedua. Demikian pula mereka yang pada siang hari menahan lapar dan dahaga namun malam harinya tenggelam bersama dentuman musik, asap rokok dan minuman beralkohol.

Untuk mengantisipasi semua itu maka jauh-jauh sebelum memasuki Ramadhan setiap muslim harus segera bertaubat dan berhenti dari segala apa saja yang dapat merosak nilai-nilai kesucian bulan tersebut.

iii.    Mempersiapkan diri dengan banyak beramal sholeh pada bulan Sya'ban terutama sekali puasa. Ini sangat bermanfaat untuk pembukaan dan pengantar sebelum memasuki arena yang lebih besar ( Ramadhan ). Bulan Ramadhan merupakan bulan dibukanya seluruh kebaikan dan rahmat, hanya mereka yang memiliki kesungguhan, daya tahan dan semangat tinggi yang mampu menuai pahala sebanyak-banyaknya.  Berpuasa di bulan Sya'ban ini dicontohkan oleh Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wasallam.

iv.    Berusaha untuk tafaqquh ( memahami ) hukum-hukum berkaitan dengan shaum, mengetahui petunjuk Nabi Shallallaahu 'alaihi wasallam sebelum memasuki Ramadhan, mempelajari syarat-syarat puasa, syarat sahnya, pembatal-pembatalnya. Demikian pula kewajipan-kewajipan, larangan, sunnah-sunnah dan yang dibolehkan dalam puasa. Juga tentang amalan lain yang berkaitan dengan bulan Ramadhan seperti qiyamullail, zakat fitrah dan perilaku Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wasallam berkaitan dengan diri dan keluarganya ketika bulan Ramadhan.

v.     Mempersiapkan acara-acara ( kegiatan ) dalam mengisi bulan Ramadhan. Diantara kegiatan yang perlu ditekankan adalah qira'atul Qur'an, mempelajari dan menghafalnya, qiyamullail, acara buka puasa bersama, umrah Ramadhan, I'tikaf, sedekah, zikir, penyucian jiwa serta amal-amal sholeh yang lain secara umum.

Beberapa Petunjuk Berkenaan dengan Puasa Ramadhan

i.     Seseorang yang dalam keadaan junub tetap harus berniat puasa, meskipun ia mandi janabah setelah terbit fajar ( Shubuh ).

ii.     Wanita yang suci dari haidh sebelum fajar tiba ( bulan Ramadhan ), maka wajib berpuasa walaupun ia mandi besar setelah terbit fajar.

iii.    Seseorang yang sedang berpuasa dibolehkan mencabut gigi, mengouati luka    atau menggunakan obat titisan mata/telinga ( eye / ear dtrops ).

iv.     Diperbolehkan bagi yang sedang berpuasa untuk menggosok gigi baik diwaktu pagi mahupun siang hari, bahkan itu termasuk sunnah nabi.

v.      Untuk mengurangi rasa panas dan dahaga diperbolehkan  membasahi kepala dengan air dingin.

vi.     Bagi penderita sesak nafas meskipun sedang berpuasa diperbolehkan menyembur mulut dengan sesuatu ( berupa udara/gas ) yang dapat melonggarkan pernafasan.

vii.    Orang yang sedang berpuasa diperbolehkan membasahi bibir dengan air bila terasa kering dan juga diperbolehkan berkumur-kumur namun dengan syarat tidak tertelan. viii.   Disunnahkan mengakhirkan sahur ( melambat-lambatkan ) hingga menjelang fajar dan segera berbuka setelah matahari terbenam ( Maghrib ). Diutamakan berbuka dengan kurma rutab ( hampir masak ), jika tidak ada rutab dengan kurma masak, dan jika tidak ada boleh berbuka denga apa saja yang halal atau cukup dengan minum air apabila tidak menjumpai makanan.

ix     Orang yang sedang berpuasa sangat dianjurkan untuk memperbanyak amalan sunnah, seperti sholat sunnah, membaca Al Qur'an, berzikir dan bersedekah.
x.    Bagi yang sedang berpuasa tetap diharuskan menjaga dan mengamalkan kewajipan-kewajipan yang lain serta menjauhi perbuatan-perbuatan haram. Hendaklah ia menjaga sholat lima waktu dengan menjalankan tepat pada waktunya dan dengan berjemaah di masjid bagi kaum lelaki.

xi.    Hendaknya selalu menjauhkan diri dari perbuatan-perbuatan tercela yang dapat menghapus pahala puasa seperti: berdusta, berbuat curang, menipu, riba, berbicara yang haram dan sebagainya.

Aktiviti Di Bulan Ramadhan 

i.  Berpuasa

Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wasallam telah bersabda, ertinya: " Setiap amal baik manusia akan dibalas sepuluh sampai tujuh ratus kali lipat." Allah Ta'ala berfirman: "( Kecuali puasa ), amal ibadah ini khusus untuk-Ku dan Akulah yang akan membalasnya. Kerana ia telah meninggalkan nafsu makan dan minumnya kerana Aku." Bagi orang yang berpuasa ada dua kebahagiaan; kebahagiaan ketika berbuka dan kebahagiaan ketika menemui Rabbnya. Sungguh bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada aroma kasturi." HR Al Bukhari dan Muslim 

ii. Qiyamullail

Ia merupakan tradisi Rasulullah Shallallaahu 'alaihi w sallam dan para sahabat. Dalam sebuah riwayat, Nabi pernah bersabda: " Barangsiapa sholat malam dibulan Ramadhan kerana iman dan mengharap pahala dari Allah, maka diampunilah dosanya yang telah lalu." HR.Al Bukhari dan Muslim Aisyah Radhiallaahu 'anha pernah menceritakan bahawa Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wasallam tidak pernah meninggalkan sholat malam, dan jika sakit atau keletihan beliau sholat dengan duduk.

Qiyamullail ( tarawih ) di bulan Ramadhan ini sebaiknya dilakukan dengan berjemaah agar tercatat sebagai orang yang melakukan qiyamullail ( secara sempurna ), sebagaimana disebutkan dalam hadith, ertinya: "Barangsiapa yang mendirikan sholat malam bersama dengan imam sampai selesai maka dicatat baginya sholat satu malam." HR penulis As-Sunan 

iii. Bersedekah

Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wasallam adalah orang yang sangat dermawan, terutama sekali pada bulan Ramadhan. Beliau pernah bersabda: " Sebaik-baik sedekah adalah sedekah di bulan Ramadhan." HR At Tirmidzi 

Bentuk sedekah dibulan suci ini ialah dengan memberi makan kepada saudara kita sesama muslim terutama sekali kepada para fakir miskin dan lebih khusus bagi mereka yang taat dalam beragama. Disebutkan bahawa Abdullah Ibnu Umar Radhiallaahuma'anhu tidak berbuka kecuali bersama anak-anak yatim dan fakir miskin.

Cara lain bersedekah di bulan Ramadhan ialah dengan memberi buka puasa kepada orang-orang yang berpuasa secara umum, mengundang mereka berbuka bersama dan lain sebagainya.
Bersungguh-sungguh dalam membaca Al Qur'an

Dalam hal ini ada dua point penting iaitu :

i.   Memperbanyak bacaan Al-Qur'an.

Supaya lebih cepat atau lebih banyak dalam mengkhatamkannya, namun tetap harus memperhatikan kaedah bacaan yang benar. Memperbanyak bacaan Al Qur'an ketika bulan Ramadhan merupakan amalan Rasulullah, sahabat dan para Imam kaum muslimin.

ii.   Menangis ketika membaca Al-Qur'an

Hal ini dapat tercapai dengan cara benar-benar meresapi, merenungkan dan memahami makna dari ayat-ayat yang kita baca sehingga akhirnya tenggelam dalam pengaruh keagungan Al-Qur'an yang menggetarkan hati. Nabi Shallallaahu 'alaihi wasallam pernah memberi pandangan mengenai para ahli shuffah ( kaum Muhajirin yang tinggal di Masjid Nabawi ) yang menangis kerana mendengarkan Al-Qur'an surat An Najm 59-60, beliau bersabda, ertinya: " Tidak akan masuk neraka orang yang menangis kerana takut kepada Allah." HR Al Baihaqi 

Duduk di masjid hingga terbit matahari

Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wasallam bersabda, ertinya: " Barangsiapa sholat fajar dengan berjema'ah lalu duduk berzikir ( mengingat ) Allah sampai terbit matahari, kemudian sholat dua raka'at baginya pahala seperti haji dan umrah yang sempurna, sempurna, sempurna." HR. At-Tirmidzi dan dinyatakan shahih oleh Al-Albani 

Pahala sebesar ini adalah pada hari-hari biasa, maka bagaimana halnya jika itu dilakukan dalam bulan Ramadhan?

i.  I'tikaf ( Berdiam di Masjid dalam rangka ibadah )

I'tikaf merupakan ibadah yang merangkum berbagai macam ketaatan seperti membaca Al Qur'an, sholat, zikir, doa dansebagainya. Ibadah ini sangat ditekankan pada sepuluh malam terakhir bulan Ramadhan untuk mendapat lailatul qadar. Diriwayatkan bahawa Nabi Shallallaahu 'alaihi wasallam selalu melakukan i'tikaf pada setiap sepuluh malam terakhir bulan Ramadhan, dan pada tahun kewafatannya beliau beri'tikaf duapuluh hari. Al Bukhari 

ii.  Umrah di bulan Ramadhan

Tentang umrah dibulan ini Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wasallam pernah bersabda, ertinya: " Umrah di bulan Ramadhan menyamai ( pahala ) haji. " dalam riwayat lain, " menyamai ( pahala ) haji bersamaku." HR Al Bukhari dan Muslim 

iii.  Berusaha meraih lailatul Qadar

Keutamaan malam ini sungguh amatlah besar, sebagaimana difirmankan oleh Allah dalam surat Al Qadr, ertinya: " Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al Qur'an pada malam kemuliaan. Dan tahukah kamu apa malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik daripada seribu bulan." QS Al Qadr 1-3 

Nabi juga berusaha untuk mendapatkan lailatul qadar dan memerintahkan para shahabat dan keluarganya agar berusaha meraih malam itu.

i. Memperbanyak zikir, doa dan istighfar

Diantara waktu-waktu yang mustajab untuk dikabulkannya doa adalah: Ketika berbuka.

Sepertiga malam terakhir, ketika Allah turun ke langit dunia dan berfirman, ertinya: " Sesiapa yang memohon akan Aku beri dan siapa yang minta ampun nescaya akan Aku ampuni."

ii.   Beristighfar di waktu sahur.

Hari Jumaat terutama di akhir siangnya ( menjelang Asar ).