Thursday, 19 September 2013
Seorang lelaki berjalan mundar-mandir di lorong hospital,gelisah
akan keadaan isterinya yang akan melahirkan anak sulung
mereka.Setelah beberapa jam ia menunggu, tak jua terdengar
tangisan bayi. Tiba-tiba,seorang doktor berjalan tergopoh-gopoh
keluar dari ruang persalinan menuju kearahnya.
"Bagaimana keadaannya doktor?" tanyanya penuh harap.
"Maaf encik, kami sudah berusaha, keadaannya amat krit
ikal. Si ibu sudah tak sedarkan diri! " jawab doktor itu.
"Jadi bagaimana doktor ..?"
"Kami tak mungkin dan berupaya untuk menyelamatkan keduanya,
tapi masih ada harapan. Kami hanya punya satu pilihan,
menyelamatkan si ibu, atau menyelamatkan si bayi!"
Lelaki tersebut kebingungan, dan tak dapat berkata-kata. ......
"Maaf encik, setiap saat amat berharga, tolong cepat untuk
membuat pilihan!" desak doktor itu.
Akhirnya, dengan berat hati lelaki itupun berkata dengan nada sayu,
"Doktor, saya sangat bingung .. Saya serahkan sepenuhnya kepada
doktor.Tolong lakukan yang terbaik!" pintanya.
Doktor pun bergegas kembali ke ruang persalinan. Nampaknya dia
sudah berpengalaman menangani masalah darurat atau kritikal
seperti ini. Dan dia tahu apa yang harus dilakukannya.
------------ --------- --------- --------- --------- -
Ini adalah salah satu contoh, bagaimana keyakinan beragama boleh
mempengaruhi keputusan disaat genting.
Bagi seorang doktor beragama kristian/katolik, ia akan berusaha
menyelamatkan si anak, dan mengorbankan si ibu.
Bagi doktor muslim, ia akan berusaha menyelamatkan si ibu, dan
mengorbankan si bayi.
Memang benar, dua-duanya adalah pilihan yang sukar, tapi itulah
jalan terakhir dan muktamat.
Mengapa ia boleh berlaku seperti demikian?
Dalam ajaran kristian, setiap manusia yang lahir sudah membawa
dosa, doktrin ini dikenal dengan "dosa waris" atau "dosa
asal".Manusia yang lahir sudah menanggung dosa Nabi Adam dan
Hawa. Untuk menebusnya ia harus mengikuti seorang penyelamat
yakni penebus dosa (Ketua Paderi atau Pope).
Doktor Kristian itu akan berjuang sedaya upaya untuk
menyelamatkan si anak,agar dia dapat lahir dengan sihat dan
selamat walaupun sebaliknya terpaksa mengorbankan si ibu . Doktor
berharap, setelah anak itu lahir ia akan mendapat kesempatan
untuk dibaptiskan, untuk tujuan menebus dosanya. Jika si anak
meninggal sebelum dibaptiskan, anak itu akan masuk neraka. Sebab,
dosanya belum sempat ditebus.
Dalam ajaran Islam, setiap manusia lahir dalam keadaan fitrah/
suci. Doktor muslim akan berjuang menyelamatkan si ibu, kerana
dia tidak bimbang yang bayi akan masuk neraka. Dengan
terselamatkannya si ibu, insyaAllah setelah sihat kembali akan
dikurniai kekuatan untuk mengandung lagi dan mudah-mudahan
mendapatkan ganti yang lebih baik, yang lebih soleh.
Sedangkan anak yang tak sempat terselamatkan, biarlah ia kembali
kepada Allah dalam keadaan suci. Mungkin lebih baik sekiranya bayi
itu tidak dilahirkan di dunia yang penuh tipu daya ini agar hidupnya
kelak tidak menjadi orang yang tersesat.
Demikianlah, dalam keadaan serba salah lelaki itu tak sempat untuk
memastikan agama doktor tadi. Dan ia sudah berserah sepenuhnya
kepada doktor itu.
Di dunia ini ada banyak agama dan kepercayaan. Pemahaman kita
terhadap ajaran agama yang kita anut, akan menentukan jalan
hidup kita. Itu sebabnya amat penting bagi kita orang Islam
menentukan yang bakal menerima kelahiran anak kita adalah
seorang doktor muslim.
Sejak bangun tidur, kita sudah dihadapkan kepada pilihan.
1. Meneruskan tidur, atau bangun solat subuh?
2. Untuk lunch dulu, atau solat zohor dahulu
3. Setelah habis kerja, adakah terus pulang ke rumah, atau singgah
ke gerai kopi/disco dulu?
4. Ikut terlibat melakukan pecah amanah, atau dimusuhi rakan
sekerja?
5. Menyegerakan berkahwin, atau menundanya dulu?
6. Hidup mulia di sisi Allah, atau mulia dalam pandangan manusia?
7. Dan banyak lagi.....
Kita akan sering dihadapkan pada pilihan-pilihan yang lebih sukar,
dan melibatkan akibat atau natijah yang sangat ditakuti.
Kesimpulannya perbanyakkanlah muhasabah diri dan tambahkan ilmu
dengan majlis-majlis ILMU. Mudah-mudahan selamat kita semua di
dunia & di akhirat...
Amiin..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment